Powered by Max Banner Ads 

Penulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terima kasih kerana melayari AnuarMarzuki Dot Com. Terima kasih juga buat anda yang sudi meluangkan masa  singgah ke blog ini.

Mungkin anda singgah disini kerana mencari sesuatu yang boleh menjana pendapatan di internet atau anda sedang menambahkan ilmu perniagaan internet atau mungkin juga anda datang ke sini kerana telah tersesat dalam internet. :-)

Apapun, kedatangan anda amat saya hargai! Saya sedikit sebanyak akan kongsikan segala ilmu-ilmu berkaitan perniagaan di internet terutamanya perniagaaan di eBay di blog ini. Saya juga amat mengharapkan perkongsian dari  anda semua melalui komen atau melalui artikel yang boleh dihantar terus kepada saya.

Saya perkenalkan diri saya, nama saya Anuar Marzuki atau dalam dunia online dikenali sebagai nuwa. Setelah hampir 3 tahun menceburi perniagaan internet, saya dapati bahawa internet merupakan satu platform untuk menjana pendapatan lumayan dan tidak keterlaluan jika saya katakan impian untuk menjadi seorang jutawan tidak mustahil di realisasikan melalui internet. Peluang berniaga di internet tidak mengira kaum, warna kulit, umur atau status pekerjaan atau apa-apa perbezaan lain lagi. Inilah kehebatan berniaga di internet. :-)

Saya telah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata comel berusia 1 tahun. Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana telah mengurniakan saya seorang isteri yang begitu memahami minat saya dalam perniagaan internet. Dialah teman, dialah juga pembantu peribadi saya dalam perniagaan ini. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. Saya masih lagi bekerja makan gaji setakat ini dan bercita-cita menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan sepenuh masa saya. InsyaAllah. Akan saya laksanakan impian ini.

Semakin hari semakin banyak peluang perniagaan wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan di internet. Namun begitu, pemilihan bentuk perniagaan yang sesuai amatlah penting dan menjadikan perniagaan tersebut sebagai fokus utama adalah pemangkin utama kejayaan. Selama 3 tahun ini juga pelbagai bentuk perniagaan internet telah saya ceburi. Ada yang berjaya dan juga sebaliknya. Pengalaman telah mengajar saya dan sehingga kini saya berazam untuk memberi tumpuan kepada perniagaan di eBay!

Justeru itu, pilihlah bentuk perniagaan yang anda ingin dan mampu anda lakukan dan jika sekiranya berminat dengan perniagaan di eBay, sama-sama kita berkongsi ilmu di blog ini.

Jom sama-sama kita menjana pendapatan lumayan di eBay!

“Jika kita tidak menjadi Tuan kepada Duit, kita terpaksa menjadi HAMBA kepada hutang”

Wassalam.. :D