Cialis onlinexanax onlineadderall onlineLevitraCialis

 Powered by Max Banner Ads 

Home » Agama »

Hukum Jual Beli Lelong di Ebay

auction1Post kali ini saya ingin kongsikan tentang Hukum Menjalankan Perniagaan di eBay dari sudut Islam. Sudah semestinya sebagai seorang Islam, kita WAJIB membuat kajian samaada sesuatu perniagaan yang ingin dijalankan itu Sah dan Halal di sisi agama kerana Rezeki yang terhasil akan menjadi darah daging kita dan juga ahli keluarga. Saya memetik pendapat dari Ustaz Zaharuddin mengenai Hukum Jual Beli Lelong di eBay. Saya pasti anda dapat membuat kesimpulan sendiri selepas membaca pendapat ini.  Jom kita hayatinya:

Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama “al-Muzayadah”, iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya “saling naik menaik” dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.

Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak. Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.

Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-

Erti : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda : Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki : Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan)

Hukum jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang haram

Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-

a- Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan hukum Syariah.

b- Penganjur atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.

c- Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar urusan pentadbiran sahaja).

d- Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.

e- Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.

f- Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.

Hukum Lelong di E-BAY

Setelah menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).

Pembelian ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu :-

Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu

Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-

1) Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay. Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti ulama silam dan kontemporari.

2) Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay. Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DILKETAHUI CARA KIRAAN dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat.

Menerima bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.

3) Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram, walaupun pembeli membayar harga ‘on time’ kepada pengeluar kad, ia adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.

4) PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.

5) Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.

6) Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.

7) Jaminan atas kerosakan atau aib ; Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.

Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


12 Responses to “Hukum Jual Beli Lelong di Ebay”


  1. Dhiaqis says:

    Peringatan yang baik. Sama-sama kita memanfaatkannya.

  2. Maizul says:

    Bagus ada kajian macam ni. Sekurang-kurangnya kita tahu halal atau haramnya.

  3. XploR says:

    Salam ziarah.

    Yang no.4 tu cmne tu? Pembayaran melalui PAYPAL pun HARAM ker? ish

  4. nuwa says:

    Tu ler bro..saya pun konfius nie.. huhu.. kena tanya UZAR balik nie.

  5. kooreen79 says:

    try apply kad debit bank ar rajhi..insya’allah yg tu halal..

  6. ibnuahmad says:

    Yg No.4 tu bersangkutan dgn kad debit @ kredit yg dikeluarkan oleh bank la, setakat ni kad debi PB Visa Electron pun konvensional jgak sbb ia dikeluarkan oleh Public Bank, bkan produk Public Islamic Bank (http://www.zaharuddin.net/component/option,com_maxcomment/task,viewallreplies/id,81807/Itemid,99999999/)

    paling selamat guna vcc utk verify paypal, pastu bayar fee ebay @ withdraw paypal guna kad debit al-rajhi

  7. armangs says:

    ya.. guna kad debit al rahji.. jimat dan halal.. kos caj kurang… aku pun dh 2X keluarkan duit paypal guna kad al rajhi

  8. hasbullah says:

    yg no 4 tu kan ustaz ckp bergantung kpd kredit kad apa yg kita guna. so kalo kredit kad tu diharuskan syarak, maka paypal ok.. kalo kredit yg haram, so paypal haram la.. bergantung….

  9. axrhuls says:

    PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.

    @_@

  10. JohanMasran says:

    salam,

    camana lak kad debit boleh jadi haram…sbb duit kita punya…masuk dalam bank untuk bayar kat paypal…bank ada ambik caj servis?

    …tu pun kira riba juga ke?

    Kalo kad kredit memang sah haramnya.

  11. baha says:

    salam, terima kasih dengan tips dan komen-komen yang ada di sini. Saya sebenarnya baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online ni, tambah2 lagi ebay. Saya juga baru je mohon kad pb. Satu soalan…bagaimana pula dengan produk Zhulian? adalah ia termasuk golongan barangan yang tidak boleh dijual di ebay?



Leave a Reply