Bagaimana Bermula di eBay?
Sebelum meulakan sebarang transaksi di eBay, sudah pasti anda perlu mendaftarkan diri atau membuka akaun di laman web eBay sebelum sebarang urusniaga dilakukan. Samada anda ingin menjadi seorang pembeli ataupun seorang penjual di eBay.
Membuka akaun eBay adalah amat mudah dilakukan. Ianya semudah membuka akaun Emel, Frienster, My Space dan lain-lain lagi. Anda hanya perlu memasukkan maklumat yang dikehendaki dan tidak perlu memasukkan maklumat kad kredit atau kad debit anda. Ianya diperlukan apabila anda ingin mendaftar sebagai seorang penjual (seller) di eBay. Sudah tentunya anda memilih untuk menjadi seorang seller kan? Kalau tak, mcm mana nk menjana pendapatan lumayan di eBay.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak laman web eBay diseluruh dunia. Malaysia juga mempunyai laman eBaynya yang tersendiri iaitu www.ebay.com.my. Kewujudan laman eBay mengikut negara ini membolehkan para peniaga menjual produk mereka mengikut sasaran pelanggan mereka mengikut kawasan laman eBay pilihan mereka. Antara negara yang mempunyai laman eBay sendiri ialah Australia, Argentina, Brazil, Canada, Mexico, USA, India, Korea, New Zealand, Singapore, Philipine, Thailand, Spain dan banyak lagi negara. Wah, peluang berniaga di eBay memang sangat-sangat terbuka!
Untuk membuka akaun eBay, saya sangat menyarankan anda membuka akaun di eBay Malaysia. Ini kerana prosesnya amat cepat berbanding jika sekiranya anda membuka akaun di eBay luar negara. Anda juga tidak perlu risau kerana anda tetap boleh menjual dan membeli belah di eBay di seluruh dunia dengan akaun yang anda buka di Malaysia. Untuk membuka akaun di eBay Malaysia, anda boleh ke www.ebay.com.my dan klik butang Register dibahagian atas laman web tersebut. Anda hanya perlu mengikuti setiap arahan yang keluar di laman web tersebut dan pada langkah terakhir, anda dikehendaki memasukkan kod pengesahan yang akan dihantar ke alamat emel anda. Copy kod tersebut dan masukkan ke bahagian ‘Confirmation Code’ dan klik butang Register untuk mengesahkan pendaftaran anda. Jika sekiranya anda tidak mendapat kod tersebut, anda boleh request semula dari pihak eBay.
Kini, anda telah berjaya membuka akaun di eBay, anda sudah boleh mula membeli belah di eBay. Tapi, masih belum boleh menjual. Bagaimana untuk menjadi penjual, saya akan terangkan dalam artikel akan datang.
Sekian, Selamat bereBay.





Cayalah Nuwa.. kasi ebay meletop k.. waiting for more info.. hehe
kawe daftar dah lama tapi baru skrang nak buat sell, belum ada sell pun
InsyaAllah ada sale tu..
Yg penting buat kajian sebelum listkan brg..
Salam, untuk memulakan bisnes di ebay anda kena fokus tentang apa yang harus anda nak jual di ebay. Tetapkan matlamat dan tujuan anda bisnes di ebay. Sentiasa mempelajari tips, panduan & teknik mengenai bisnes di ebay.
Bagusnyer info nih..hehehehe
Tetapkan maklamat diri..hati mau kering
Yup Bro..Saya mmg memegang moto bro.. “Hati Mau Kering!!”
Terima Kasih Bro Matzis…Nk ikut jejak bro nie! Hehe
macam gila kentang bisnes kat ebay.
apa itu gila kentang??
hehehe
Bagaimana untuk menjadi penjual, saya akan terangkan dalam artikel akan datang.
cepat lerr x sabar nih…
saya baru je nak berjinak2 dengan perniagaan ebay ni…
thanks kepada bro nuwa.banyak artikel yang menarik & bermanfaat yang boleh dipelajari…
marisa- InsyaAllah.. saya kan tulis buat panduan bersama.
emy- Terima Kasih kerana sudi melayari blog ini, InsyaAllah, saya sentiasa akan kongsikan pelbagai tips pernigaan eBay nie.. Congrat kerana telah memilih ebay! eBay mmg BEST!
salam kawan2…
mr nuwa klau nak jual kerepek ker tak de masalah kan kat ebay tu….
dah lame plan nak sell kat ebay…
Cayalah lu nuwa,muda tapi berisi(berilmu) tak macam aku,dah tua(senior) pun masih terkial-kial nat belajar online biz!
salam…
nak tanya.. sy sebelum ni ade buka ebay masa kt UK dlu..masa tu buka sbb nak beli brg kt sana..so, secara automaticnya saya terbuka ebay.co.uk..then skang bila dh blk msia, saya nak start jual barang kt ebay…tp boleh ke guna ebay.co.uk tuh??? kalau saya nak register semula di ebay.com.my dah tak boleh kan?? mcm mana caranye yer??? harap boleh bantu..TQ
Salam Saudara Anuar,
Kawe nie da bukak akaun email da dua bulan lebih da. Tapi baru satu sale. Mcm2 kawe dah buat. ‘Hati mau kering’ tp poket kawe pong dah kering gak nie. Abis duit bayar fees listing. Buat maklumat, sy dok jual brg mousepad, dll (alah.. Saudara tau kot pkai dropshipper ape). Leh bg tips x sblum kawe ptus asa nieh.. huhuhu….(listing tiap2 bln dkat 1500 items)
Salam, tahniah di atas blog yang penuh informasi ini.
(a)Saya baru saja mendaftar di ebay. Tapi ada problem la. Saya tak suka dengan ID ebay yang saya dah daftarkan. Tak commercial langsung. Bolehkah saya menukar
ID ebay kepada yang lain? Bagaimanakah caranya?
(b)sekiranya saya ingin memasarkan barangan saya ke seluruh dunia, bagaimanakah caranya untuk saya meletakkan kos penghantaran (shipping cost)?
Semoga blog saudara akan terus memberi inspirasi kepada pembacanya. Tahniah dan terus maju jaya!
Terima kasih
@Jariyah, sy cuba jwb based on my experience.
a) Userid eBay yg telah didaftarkan boleh ditukar, caranya mudah shj. Pergi ke dashboard eBay anda, klik pada butang Account dan apabila maklumat account anda dipaparkan, klik pada personal information, dan klik change pada ruangan userid anda. Sebaiknya gunakan userid yang related dgn brg yg anda jual. Tujuannya utk menjadikan userid anda lebih mesra kpd engine carian ebay.
b) Jika anda ingin memasarkan produk sendiri dari Msia, kebiasanya sy akan merujuk kepada laman web pos msia utk dptkan rate pos ke luar negara. Tp jika anda gunakan perkhidamatan dropship, biasanya mereka akan mention siap2 berapa shipping kos yang dicaj.
Sekian, harap membantu!
saya sudah mendaftar dgn ebay tp bermasalah untuk membeli produk dari luar negara.bolehkah saudara membantu saya?
@padil - boleh rujuk post terkini dari saya.
saya ingin bertanya, jika kita sudah register akaun ebay tapi hanya untuk shopping aje dan sekarang ingin berniaga pula,so kita kena register dan buka akaun lain pula ke??? atau boleh guna akaun yang sama?