adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Hati-hati dengan SCAMMER di eBay!

scammer-1

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam AidilAdha kepada semua.. Hari ini memasuki hari ketiga umat Isam menyambut Hari Raya Aidil Adha dimana kita disyariatkan menjalankan Ibadah Korban. Ibadah yang dijanjikan pahala yang berlipat ganda dari Maha Pencipta. Saya masih lagi berada di kampung halaman, talian broadband agak sukar di  akses terutamanya ketika musim tengkujuh begini dan masih dalam mood makan daging lembu! Hohoho.

Dunia pernigaaan tak kira di dunia nyata atau di dunia maya tak lari dari diganggu oleh mereka yang ingin mendapatkan keuntungan segera tanpa sebarang usaha. Caranya adalah dengan menipu atau mencuri tanpa sebarang keizinan dari empunya. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman berurusan dengan SCAMMER atau PENIPU yang teralu ramai di eBay! Kebanyakkan Scammer di eBay mensasarkn seller-seller baru sebagai mangsa mereka. Caranya adalah dengan menawarkan pembelian luar dari eBay dengan menawarkan harga yang lebih tinggi. Modus operandi adalah dengan menyatakan bahawa mereka perlukan barang tersebut sebagai hadiah kepada rakan mereka dengan kadar segera dan memerlukan kita menghantar brg tersebut dahulu. Sejurus selepas itu, Scammer ini juga akan menghantar emel menyerupai emel Paypal yang menyatakan pihak Paypal telah menerima pembayaran dari mereka dan kita perlu memberikan tracking nombor sebelum duit tersebut di masukkan ke akaun kita.. Sudah tentunya bagi seller baru merasa amat teruja dengan tawaran ini, perlu diingat bahawa pihak Paypal tidak mengamalkan polisi sebegini. Nasihat saya sila berhati-hati dengan tawaran sebegini.

Selain itu, terdapat juga banyak web yang menawarkan perkhidmatan dropshipper dibangunkan oleh para scammer semata-mata untuk mengaut keuntungan mudah. Hati-hati dengan web dropshipper yang menawarkan harga yang tidak masuk akal dan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang istimewa. Saya biasanya akan menguji dropship baru yang ingin digunakan dengan membuat kajian di forum-forum tempatan dan luar. Juga kadang-kadang membuat belian melalui laman web mereka untuk melihat sejauh mana kejujuran mereka.

Walaubagaimanapun, jangan sesekali gentar dengan orang-orang seperti ini kerana mereka sentiasa akan wujud dan menjadi salah satu cabaran kepada usahawan-usahawan di eBay. Apa yang perlu adalah ilmu pengetahuan yang cukup untuk menangani mereka. Berdasarkan pengalaman saya, kebanyyak scammer yang saya jumpa berasal dari negara Afrika. Oppss.. I’m Sorry.. :-)

Anda tidak ada idea menjual produk di eBay, jom kita lawat store penjual yang menjual barang-barang terpakai atau ’sampah’ namun berjaya mendapat status Top Rated Seller!

Jom Klik sini!

Sekian, Selamat Ber eBay! :-)

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


2 Responses to “Hati-hati dengan SCAMMER di eBay!”


  1. alkisah says:

    penjenayah ada dimana2 saja..hampeh sungguh..

  2. nuwa says:

    Itulah namanya cabaran.. :-)



Leave a Reply