Perubahan Baru eBay Jun 2009
![]()
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada bulan Jun 2009 ini, pihak eBay telah membuat beberapa perubahan kepada polisi jualan bagi memantapkan lagi khidmat jualan di laman web mereka. Saya ingin kongsikan perubahan-perubahan tersebut yang akan berkuatkuasa 5 hari lagi iaitu pada 15 Jun 2009 ini. Antara perubahan polisi yang terlibat adalah :
Multi Variation Fixed Price Listing
Fungsi baru yang akan diperkenalkan oleh eBay pada 15 Jun ini ialah Multi-Variation Fixed Price Listing iaitu membolehkan penjual membuat satu listing sahaja untuk menjual satu jenis barang yang mempunyai pelbagai variasi seperti T Shirt yang mempunyai kepelbagaian saiz. Kelebihan fungsi ini ialah dapat menjimatkan kos listing kepada penjual kerana dengan membayar kos listing untuk satu item sahaja tetapi penjual boleh menjual sehingga 120 variasi bagi sesuatu produk tersebut. Hmm.. Sungguh Menjimatkan!
Enjin Carian
Sekarang, jika seseorang pembeli melakukan carian di enjin carian eBay, produk yang dicari akan terpapar berdasarkan kepada Kriteria Best Match. Best Match disini bermaksud produk yang dijual oleh penjual tersebut terpapar di enjin carian berdasarkan kepada DSR (Detail Seller Rating) iaitu rating yang telah diberikan oleh pembeli sebelumnya seperti tempoh masa penghantaran, cara penghantaran, khidmat pelanggan dan ketepatan maklumat mengenai produk yang dijual.
Perubahan yang akan dibuat di enjin carian eBay pada Jun 2009 ini ialah eBay akan menggunakan kembali kriteria paparan produk berdasarkan kepada masa jualan yang hampir tamat. Namun begitu, kriteria ini turut akan dipengaruhi oleh DSR penjual tersebut. Pada saya, kelebihan perubahan amat ini menguntungkan kerana sebagai penjual saya dapat mengagak masa jualan produk saya dan akan pastikan produk saya berada di waktu kemuncak ketika masa bidaan hampir tamat! Hohoho
Paparan Produk
Jika anda adalah seorang eBayer tegar, saya pasti anda telah perasan dengan perubahan laman paparan produk di eBay. Pihak eBay mungkin telah membuat beberapa ujikaji dengan paparan ini kerana pada waktu-waktu tertentu sahaja ianya akan muncul. Sebab itulah saya terperasan.. Perubahan yang telah dilakukan ialah laman tersebut akan menjadi lebih padat dan kemas dimana pihak eBay akan memecahkan ruangan keterangan produk kepada 3 Tab yang lebih mesra dan memudahkan pembeli. Kelebihannya pada saya, paparan ini lebih kemas, memudahkan pembeli kerana tidak perlu scrol down hingga berjela-jela kebawah serta menyedapkan mata bakal pembeli sekaligus mendorong mereka membuat belian!
Mungkin terdapat banyak lagi perubahan yang akan dilakukan oleh eBay pada masa akan datang selaras dengan keadaan semasa dan juga tahap ‘keglameran’ web mereka. Saya rasa mereka mungkin akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan mereka kerana terdapat terlalu ramai penggodam yang sentiasa mengganggu gugat akaun-akaun eBay yang sah. Selain itu, mereka mungkin turut akan memperketatkan polisi jualan produk-produk tiruan dan juga akan memanatu scammer yang sedang asyik menipu membuat jualan di laman web mereka. Sama-sama kita nantikan.. Yang pastinya, perubahan yang dilakukan bertujuan memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada para pembeli dan penjual.
Tips yang ingin saya kongsikan sebagai penjual yang sentiasa ingin memaksimumkan keuntungan jualan di eBay, kita perlu peka kepada perubahan-perubahan ini dan perlu aplikasikan kepada produk jualan dan juga membuat perubahan kepada teknik jualan yang sedang diamalkan.
Sekian, Selamat Ber eBay!






Multi Variation Fixed Price Listing. Menarik tu. Jimat untuk listing t-shirt. Jadi adakah turbo lister akan berubah juga?
Memang menjimatkan bro msarbin. Memandangkan perubahan ini akan berkuatkuasa pada 15 hb nanti, saya rasa mungkin turbo lister akan turut di update selaras dgn perubahan polisi ebay tsb. Boleh update program nanti di turbo lister. Buat masa skrg belum lagi..
A’a kan, ade perubahan kat ebay..dari segi pandangan, cantik gak..takut nanti die buat perubahan lain plak.perubahan policy yang lebih ketat..huhu..
Nuwa, nak minta tolong skit nie..buleh tak..nak tanye tentang teknik2 ebay skit..hehe…minggu nie, slaes store tak de la..huhu..bantu skit bro..hehe
hi apihmarang. biar betul apihmarang takde sales minggu ni. hari tu dalam forum sifulan kata dah masyuk. kalau ada teknik rahsia ajar saya juga apih marang.
@apihmarang - Skrg dh start paparan baru..nmpk lebih cantik.. Nk buat sale gempak dari store kena belanja buat promosi sikit..cthnya langgan features listing spt bold, highlight atau kalau berani guna pakej yg berharga $25 tu utk tarik trafik masuk store.. InsyaAllah sale dr store akan terhasil setiap hari..
Alhamdulillah, dgn teknik2 yang dinyatakan di blog ini banyak membantu saya,..tq bro..