adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Road To Be eBay “POWER SELLER”

ebaypowersellerMendapat gelaran sebagai “Power Seller” di eBay sememangnya menjadi idaman dan impian setiap seller tegar di eBay. Ini kerana, gelaran ini akan menjadikan seorang seller itu semakin digeruni lawan mendapat tempat di hati pembeli. Gelaran ini sebenarnya turut dapat membina kredibiliti seller tersebut sekaligus dapat menghasilkan lebih banyak jualan.

Bagaimana status dianugerahkan ini oleh eBay? Kejayaan seseorang penjual diukur oleh en. eBay berdasarkan kepada jumlah jualan yang telah dibuat sama ada dari segi jumlah keuntungan yang telah diperolehi atau jumlah barangan yang berjaya dijual. Prestasi perkhidmatan pelanggan yang diberikan oleh si penjual turut diambil kira. Berdasarkan kejayaan inilah, maka pihak eBay denagn bangganya akan memberikan anugerah kepada penjual tersebut dengan gelaran “eBay Powerseller”.

Terdapat 5 peringkat eBay Powerseller yang boleh dicapai oleh para seller tegar eBay iaitu:

- Bronze Powerseller
- Silver Powerseller
- Gold Powerseller
- Platinum Powerseller
- Titanium Powerseller

Setiap peringkat mempunyai jumlah jualan, keuntungan dan prestasi perkhidmatan pelanggan yang berbeza dan perlu mencapai tahap-tahap tertentu. Ianya bermula dari Bronze Powerseller hinggalah mencapai tahap tertinggi iaitu Titanium Powerseller! Agak-agak boleh ker?? :-)

Saya ingin berkongsi kelayakan yang perlu anda capai untuk mendapat pengiktirafan sebagai powerseller pertama iaitu Bronze Powerseller.

Untuk mencapai peringkat Bronze Powerseller anda perlu memenuhi kriteria jualan 3 Bulan atau 12 Bulan yang telah ditetapkan oleh pihak eBay iaitu :

Kriteria Jualan 3 Bulan :

Membuat jualan sebanyak $3,000 dan sekurang-kurangnya 6 barang terjual atau telah menjual sebanyak 300 barang.

Kriteria Jualan 12 Bulan:

Membuat jualan sebanyak $12,000 dan sekurang-kurangnya 24 barang terjual atau berjaya menjual sebanyak 1,200 barang.

Anda perlu mencapai salah satu di antara syarat di atas iaitu sama ada anda mencapai kriteria 3 bulan atau 12 bulan untuk dipertimbangkan sebagai seorang Bronze Powerseller.

Di samping itu, anda juga perlu mencapai prestasi berikut untuk mendapat pengiktirafan Bronze Powerseller:

- Purata Detail Seller Rating (DSR) sebanyak 4.5

- Peratus Feedback Positif sebanyak 98%

- Tiada bayaran yuran tertunggak

- Pelanggaran polisi maksima sebanyak 4 kali

- Jumlah Feedback sekurang-kurangnya 100

Setelah mencapai tahap eBay Powerseller, anda perlu mengekalkan jualan dan prestasi seperti yang diperlukan untuk memastikan anda masih dikekalkan gelaran tersebut. Sekiranya anda tidak mengekalkan kriteria yang diperlukan, maka gelaran anda akan ditarik balik sehingga anda berjaya mencapai kriteria tersebut semula pada masa yang lain.

Sebenarnya terdapat ramai rakyat Malaysia yang telah berjaya mengenggam gelaran keramat ini! Sudah pastinya pendapatan yang diraih setelah mendapat gelaran ini semakin meningkat. Usaha berterusan tanpa mengaku kalah pasti akan memungkinkan gelaran ini dalam tangan anda! Anda bagaimana? Selamat mencuba! :-)

p/s : Sapa cakap orang melayu tak boleh jadi PowerSeller?? :-)

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


5 Responses to “Road To Be eBay “POWER SELLER””


  1. XploR says:

    Kriteria 12 bulan tu nampak lebih mudah, tp kena fokus betul2 dan komitmen tinggi baru bleh jadik power seller nih. Nak maintain status tu lagi payah.

    Nuwa, dah jadik power seller ke? :)

  2. nuwa says:

    Yup XploR. dh dpt status mmg nmpk mcm mudah.. tapi nk kekalkan status tu yg payah!

    Saya sedang menuju kearah tu XploR! Fokus terus Fokus!! :-)

  3. Kalu payah kenapa ada yang dapat dan boleh maintain bro? Maknanya tak payah.. nak kekalkan mudah bro.. cuma jangan ambil mudah sbb ia akan jadi payah.. :)

  4. ahfizfazi says:

    cam tak kesampaian je nak dapat title powerseller nih kalau diambik kira prestasi jualan aku bulan lepas. tapi aku dah rehat kejap berebay nih sejak tengah bulan 3 hari tu.. adeiss, penat..

  5. zawzal says:

    ehm. memang nak main ebay. Tapi memang takde masa sekarang..:(



Leave a Reply