adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Sejarah eBay

Sebelum kita menjadi seorang pembeli atau penjual di laman web eBay, ada baiknya kita mengetahui sedikit sebanyak sejarah laman web pasaraya terbesar di dunia ini. Fakta berikut akan menjadikan anda lebih yakin untuk menjadi seorang pembeli mahupun seorang penjual yang berjaya di eBay.

Asalnya eBay ditubuhkan pada 3hb September 1995 di San Jose, California oleh Pierre Omidyar yang merupakan seorang programmer komputer. Tugas utama beliau ialah membina “AuctionWeb” iaitu laman web lelongan. Laman web lelongan ternama di dunia ini dimiliki oleh Echo Bay Technology Group (eBay) sebuah firma konsulatansi Omidyar.

Pada awalnya Omidyar telah mendaftar domain name echobay.com tetapi tidak berjaya kerana telah dimiliki oleh laman yang lain. Beliau telah memendekkan nama laman tersebut kepada ebay.com dan ianya berjaya didaftarkan dan telah digunapakai sehingga sekarang dan nama tersebut telah gah dalam persada perniagaan lelong secara online di seluruh dunia.

Ebay.com telah mengambil Jeff Skoll sebagai presiden syarikat pada 1996. Pada 1998 ebay.com beroperasi sepenuhnya kepada umum telah menjadikan Omidyar dan Skoll antara jutawan di dunia.

Bagi mengukuhkan perniagaan ebay.com ini pihak syarikat telah membeli Paypal pada Oktober 2002 dan sehingga sekarang ini paypal telah menjadi salah satu online penghantaran dan penerimaan wang terkenal seluruh dunia.

Saya pasti anda tidak perlu lagi merasa ragu-ragu melakukan sebarang transaksi di laman web lelongan terbesar dunia ini. Dan jika sekiranya selepas ini ada yang bertanya apa itu eBay? Anda pasti boleh menjawab! :-)

Related Posts with Thumbnails
Tags :

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


2 Responses to “Sejarah eBay”


  1. Dhiaqis says:

    Thanks dengan infomasi ini. Kekadang orang boleh terlepas pandang dengan fakta-fakta sebegini.

  2. Admin says:

    Betul tu Dhiaqis..
    Jangan asyik berniaga sahaja.. Kita juga perlu tahu asal usul web tu.. Barulah tak ada rasa ragu-ragu jalankan bisnes… :-)



Leave a Reply