KRISMAS : Peluang Tingkatkan Jualan

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Faktor perayaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan jualan di eBay. Ini kerana apabila tiba musim perayaan, masing-masing sibuk untuk membeli sesuatu yang baru untuk bergaya di hari perayaan. Tidak kira apapun perayaan, ini sebenarnya adalah salah satu peluang untuk meningkatkan keuntungan jualan di eBay! Hoho
Dalam masa kurang dari 2 minggu lagi, perayaan Krismas akan dirayakan di seluruh dunia. Pada perayaan ini, mereka yang menyambutnya gemar membeli hadiah untuk diberikan kepada anak-anak, adik beradik, saudara mara ataupun kepada sahabat handai. Ini seolah-olah menjadi satu kemestian pada perayaan Krismas, saling memberi hadiah sesama mereka yang meraikannya. Bagi eBayer yang suka mengintai peluang, sudah pastinya perayaan Krismas yang hadir setahun sekali adalah peluang untuk menjana BONUS TAHUNAN! Inilah masanya untuk mengeksport barangan seperti keychain, anak patung ataupun kraftangan dari Malaysia ke seluruh dunia.
Bagi anda yang menggunakan supplier hot dari China, sudah pastinya peluang telah tersedia. Ringan-ringankan tangan anda mencari gambar-gambar yang sesuai untuk perayaan Krismas dan gunakan kreativiti anda untuk mendesign 200 produk yang telah tersedia! Permintaan untuk barangan gift dari supplier ini amat tinggi di eBay hinggakan saya sendiri terpaksa mengupah seseorang untuk membuat design.. Hohoho. Namun, hati-hati dengan tempoh penghantaran yang anda berikan di description anda kerana jika barang yang dibeli diterima selepas 25 Hb Disember, bersiap sedialah untuk menjawab..
Selain itu, antara barang yang mendapat permintaan tinggi apabila musim perayaan Krismas adalah barangan mainan kanak-kanak. Antaranya adalah permainan kawalan radio, toys, IQ Test dan banyak lagi. Ibu bapa atau orang dewasa akan berungkus lumus mencari barang-barang permainan kanak-kanak ini untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak yang pastinya antara manusia yang sangat gembira menyambut perayaan ini. Sudah pastinya eBay menjadi tempat pilihan mereka untuk shopping.
Jom sama-sama menjana BONUS TAHUNAN sempena perayaan Krismas ini!
Sekian, Selamat Ber eBay!






sekarang kalau nai listing tak sempat dah.. comfirm lebih 25 hb
Kena pakai EMS la kot bro..3 hari smpi..
Bro EMS tu kiranya macam express la yer.Cover ke kos…?
@Newbie - Yup, EMS stand for Express Mail Services kalau xsilap saya.. Mmg laju..