Mendaftar Akaun PayPal

Untuk mula menjual di eBay, anda sangat-sangat digalakkan untuk membuka akaun Paypal.
Apa itu Paypal?
Paypal merupakan satu platform perbankan online yang diterima di eBay. Paypal juga merupakan salah satu cara menerima bayaran dari kad kredit dari seluruh dunia. Inilah satu-satunya cara yang terbaik untuk berurusniaga di eBay. Paypal merupakan kaedah bayaran yang diterima oleh semua pengguna eBay diseluruh dunia kerana Paypal sebenarnya dimiliki oleh eBay sendiri sebenarnya! Oleh itu, sebelum menjadi penjual di eBay, pastikan anda mempunyai akaun Paypal terlebih dahulu.
Paypal menjadi pilihan kepada para pembeli di eBay kerana faktor berikut :
1. Pembayaran yang dibuat kepada penjual dibuat tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit yang mana boleh dijejaki oleh penyangak di internet!
2. Bayaran yang dibuat melalui Paypal akan diproses secara real time dimana penjual akan terus mendapat bayaran dari pembeli. Proses ini tidak memerlukan pengesahan dari mana-mana pihak. Hebat kan..
3. Urusniaga yang menggunakan Paypal sebagai platform pembayaran dilindungi sepenuhnya oleh eBay. Pembeli berhak membuat aduan jika sekiranya barang yang dibeli tidak sampai dan eBay memberi jaminan wang dikembalikan berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui. Ini akan menambahkan lagi keyakinan bakal pembeli untuk membeli produk anda!
Berdasarkan faktor-faktor diatas, anda wajib memiliki akaun Paypal sebelum menjadi penjual di eBay. Untuk membuka akaun Paypal, anda boleh klik sini.
Sebelum membuka akaun Paypal, anda perlu memiliki kad debit atau kad kredit yang sah. Ini kerana, Paypal akan mengenakan caj pembukaan akaun ke dalam kad kredit atau debit anda. Membuka akaun Paypal juga semudah membuka akaun eBay, sila pilih option ‘Premier Account’ sebagai type akaun anda dan terus mengisi butiran yang diperlukan. Pada bahagian akhir, anda dikehendaki memasukkan nombor kad kredit/debit anda untuk tujuan verifikasi. Kini, anda telah berjaya memiliki akaun Paypal namun anda hanya perlu menjalankan satu step lagi iaitu meverifikasikan akaun Paypal anda. Anda perlu memasukkan kod pengesahan 4 digit yang akan diappear di dalam penyata kad kredit/debit anda.
Dalam kes ini, saya mengesyorkan untuk anda memiliki Kad Debit Public Bank Visa Electron. Kenapa kad ini? Ini kerana Paypal menerima kad debit ini sebagai pengesahan akaun Paypal dan juga sebagai saluran untuk anda mengeluarkan duit anda dari Paypal nanti! Hanya pergi ke ATM Public Bank, dan keluarkan pendapatan anda dari eBay! Mudah kan..
Satu cara yang paling mudah untuk membuka akaun Paypal adalah menggunakan VCC. Apa itu VCC? Saya akan bercerita pada post akan datang..
Selamat Ber eBay!
Sekian





tks bro cerita pasal paypal tu. Saya akan buka akaun Kad Debit Public Bank Visa Electron. Macamana nak dapat 4 digit kod pengesahan kad debit? (kad kredit saya dah biasalah). benarkah saya dengar cuma boleh keluarkan duit setelah cukup US$500? kalau saya nak buat ID baru ebay (khas untuk berniaga oversea) adakah saya perlu atau sebaiknya buka satu lagi akaun paypal? maay ya bro banyak tanya.
Kalau nk gunakan Public Bank Debit Card bg pembukaan Akaun Paypal, kod 4 digit tsb boleh didapati pada penyata yg akan dihantar kepada awak.. Xpun, kalau nk cepat, boleh jer call pihak bank utk dapatkan kod 4 digit tersebut. Pasal nk keluarkan duit tu, saya tak alami sebarang masalah pun jika nk keluarkan hanya usd100 dr Paypal saya ke Debit Card. Kalau dh ada id ebay sekarang, boleh jer proced utk berniaga kt oversea..tp kalau nk test2 dulu, saya cdg buka akaun ebay dan paypal baru. Sebab berniaga kt oversea ni lain sikit ragamnya..
Nuwa,
ada pengalaman x masalah spt sy nih?
Akaun Paypal sy Sudah VERIFIED…Tapi sy x dpt link confirm email address,
sy dh cuba cara manual tpi x dpt juga…ada cara lain x.
sy juga tidak menerima email dri paypal stlh akaun sy verify..camna tu?
sy dh email kt paypal tpi x da jwpan.
camna nk berebay klu paypal x send email “ACTIVATE YOUR ACCOUNT PAYPAL”kpd sy.?
TOLONGGGG…
kalau paypal kene suspend…boleh tak kita buat akaun paypal baru tanpa daftar lagi kt ebay>
sy dpt tau kalo akaun paypal baru ni withdraw duit byk2 leh kene suspend ke?
cara lain ialah jual kt forum2…tapi sy tak paham lah jual beli paypal ni..maksudnya pembeli mesti ada akaun paypal gak ke utk sy transfer ke akaunnye?
john,
kalau paypal kene suspend,kita boleh buat akaun paypal baru & pastikan alamat & maklumat diri tidak sama dgn akaun paypal lama ok.
jual beli haruslah dilakukan dgn individu yg mempunyai akaun paypal juga agar mudah melakukan pemindahan wang.
sekian.
sekiranya…
sy ada 2 akaun paypal,akaun pertama verified guna kad debit (tunemoney) manakala akaun kedua verified guna VCC.
soalannya,
Boleh x sy send money dari akaun kedua yg guna(VCC) ke akaun pertama yg ada kad debit,kemudian sy withdraw duit ke kad debit sy pula?
adakah akaun paypal akn di suspen jika melakukan ini?
I would give this post 10 starts if I knew how to. Dose this site have some sort of rating system?