Cialis onlinexanax onlineadderall onlineLevitraCialis

 Powered by Max Banner Ads 

Home » PayPal »

PayPal Access Limit?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

no-entry-outdoor-signPernahkah Akaun Paypal anda di ‘access limit’?  Jika pernah, saya pasti anda merasa amat marah dan begitu tension sehingga merasakan usaha perniagaan yang dijalankan sia-sia sahaja! Huh.. berat benar tu.. Namun ada cara dan teknik untuk mengatasinya.. Hohoho.

Bagi yang belum pernah mengalaminya, bersyukurlah anda kerana apabila akaun Paypal anda di ‘access limit’, anda sebenarnya telah dibekukan untuk membuat sebarang transaksi di akaun Paypal anda. Ini termasuklah untuk membuat pengeluaran wang tersebut ke akaun bank di Malaysia. Ini juga merupakan salah satu cabaran bagi usahawan eBay yang menjalankan perniagaan di eBay luar negara kerana Paypal merupakan satu-satunya platform pembayaran yang selamat dan diiktiraf di eBay.

Sebenarnya, term ‘account access limit’ ini telah dinyatakan di dalam perjanjian waktu pertama kali kita mendaftar akaun Paypal. Namun ramai yang tidak membacanya dan terus bersetuju.. Ini termasuklah diri saya sendiri yang begitu ghairah untuk memiliki akaun Paypal.. Hehe. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah pihak Paypal berhak menggantung akaun kita selama 180 hari TANPA SEBARANG SEBAB! Yaa, tanpa sebarang sebab, mereka juga berhak menggantung akaun tersebut selama-lamanya juga tanpa sebab! Dengan kata lain, perniagaan yang sedang dijalankan akan terganggu dan kerugian akan berlaku.. Huhu..

Bagi mereka yang masih baru mempunyai akaun Paypal kurang dari 6 minggu, pihak Paypal akan membuat pemantauan yang rapi ke atas akaun tersebut. Jika sekiranya berlaku terlalu banyak transaksi di akaun tersebut, maka akaun anda berpotensi untuk dibekukan. Alasan mereka adalah TANPA SEBAB. Memang tidak adil namun apakan daya. Antara sebab-sebab yang sering terjadinya ‘access limit’ adalah seperti Melanggar polisi Paypal, Akaun Paypal telah dicerobohi, Akuan anda terlalu banyak transaksi dan pelbagai alasan lain lagi.

Baru-baru ini akaun Paypal saya telah di ‘access limit’ kerana kesilapan saya login 2 akaun Paypal menggunakan IP komputer yang sama. Serta merta akaun saya di ‘access limit’ atas alasan akaun telah dicerobohi oleh pihak ketiga. Saya menghubungi pihak Paypal dan mereka meminta saya menghantar pengesahan alamat melalui Utility Bill. Saya segera fakskan bil tersebut dan dalam masa 2 hari pihak Paypal telah menarik balik status ‘access limit’ tersebut. Lega rasanya kerana saya masih belum sempat membuat pengeluaran sesen pun duit dari akaun tersebut. Saya juga pernah di access limit kerana menerima terlalu banyak transaksi di akaun Paypal saya, pihak Paypal telah meminta saya untuk menghantar salinan resit atau invoice sebagai bukti pembelian barang yang telah dijual. Dalam masa seminggu, akaun saya dilepaskan. Tips yang saya ingin kongiskan untuk melepaskan diri jika telah terkena ‘access limit’ ini ialah menghantar related dokumen yang diminta oleh mereka dengan segera. InsyaAllah, mereka akan lepaskan anda dalam kadar segera juga! :-)

Bagi anda yang ada pengalaman, boleh ler kongsi-kongsikan kat sini…

Sekian, selamat ber eBay!

-

Related Posts with Thumbnails
Tags :

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


14 Responses to “PayPal Access Limit?”


  1. S.K. says:

    Saya pun banyak kali kene. hehehe..3 kali buka akaun PayPal, 3 kali kene PayPal access limit. Saya buat happy go lucky je.

  2. nuwa says:

    Betul tu S.K.. Xleh duk pikir sgt, nanti lemah smgt nk niaga.. Hehe.. Bukan ker S.K ada buat ebook panduan utk elak dan selamatkan diri dr Paypal access limit nie?

  3. Kuda Hitam says:

    wah, paypal kena gantung 180 hari

    kena buka akaun lain lah

    tak silap report S.K. tajuk PayPal Access Limit leh dapat kat wangcyber di ruangan download

  4. S.K. says:

    Ala nuwa report bukan ebook..hehe..Berdasarkan pengalaman kene limit le ni. especially bila diminta invoice dan tracking number dari dropshipper. memang parah. tapi nasib baik ler. so dalam report tu ada cara nak provide paypal sume2 ni. kita putar belit diorang plak. haha :)

  5. S.K. says:

    Kuda hitam,yang free tu tak lengkap. Yang lengkap kene bayar. hehe.. Nuwa tak nak li ke :p

  6. amri85 says:

    Salam.. Saya minat la dgn report tu S.K.. Berapa ek harga dia?

  7. S.K. says:

    amri85 Report tu harga RM 9.90 shj. Kalo dah beli boleh bg review. hehe

  8. Sapikk says:

    Akaun ku masih limit… huhu… x taw la pe sbb, nk ckp aku bukak 2 browser, aku x bukak.. mungkin diorg wat gile kejap kot.. haha

  9. nuwa says:

    @Sapikk.. Saboo jer laa… :-)

  10. akazuma says:

    hati2la. kalau pakai nama dan alamat betul. takde masalah. kalau nama tipu, memang susah nk dapat balik..

  11. matzis says:

    kebanyakkan kena limit access ni sebab satu hari terlalu banyak sangat nak login akaun paypal. kalau nak tengok alamat atau payment yang masuk didalam akaun paypal tak semestinya nak login akaun paypal terlalu kerap…cukup sekadar check didalam email sahaja kerana setiap transaksi masuk ke dalam akaun paypal sudah semestinya pihak paypal akan memaklumkannya didalam email anda.

  12. karim says:

    kalo order barang kat dropshipper then paypal mintak supplier info, dokumen macamne kita nk bagi, kena create bisnes card supplier tu ker, or screen print web dropshipper dah cukup? confuse saya…

  13. emme says:

    Tak pernah kena. :P newbie ebay… heheh Tapi boleh mamai seminggu kalau kene.



Leave a Reply