Cialis onlinexanax onlineadderall onlineLevitraCialis

 Powered by Max Banner Ads 

Home » PayPal »

Pegawai Public Bank Terkejut!

visa_electron2Pagi ini, saya mengambil peluang cuti hari ini untuk pergi ke Public Bank Cawangan Gombak untuk mendaftar sekeping lagi ‘Public Bank Visa Electron Debit Card’ bagi urusan pengeluaran duit dari akaun Paypal. Seperti biasa, bagi pembukaan akaun baru, kita dikehendaki megisi butiran diri di borang permohonan. Saya amat malas untuk mengisi borang.. :-) Sebenarnya sebelum ini, saya telah membuat permohonan mendapatkan debit kad ini melalui permohonan secara online namun setelah menunggu selama 2 minggu, tiada sebarang maklumbalas dari pihak Public Bank! Tu pasal hari nie terus pergi ngadap mereka hari nie.. Huhu.

Setelah nombor giliran dipanggil, saya terus ke kaunter. Berikut sedutan dialog bersama beliau :

Pegawai Bank : Selamat pagi en. Apa boleh saya bantu?

Saya : Selamat Pagi, saya nak apply debit kad Visa Electron (beritahu saya dgn penuh adab sopan).. :-)

Pegawai Bank : Ooo..saya boleh bantu, No. Prob.. Bak mai borang tu..

Saya : Terima Kasih

Pegawai Bank : Dah complete borang nie.. so, en nk buat apa ek apply debit kad nie? Nk kuar duit dari Paypal ker?? Atau en buat bisnes dengan eBay??

Saya : Yaa.. aik..mcm mana en tahu ek?? (dgn nada tergezutt)

Pegawai Bank : Sebenarnya dalam minggu nie dh berpuluh2 permohonan debit kad visa electron kami terima, so..saya pun naik hairan jugak..last2 saya buat kajian kat internet..rupanya mereka2 yg buat bisnes kt eBay gunakan kad nie utk verified akaun Paypal dan jugak nk keluarkan duit dari Paypal.. So, saya teka jer la tadi… :-)

Saya : Oooo..hehe..betul laa tu.. kalau en minat boleh la join bisnes eBay nie..Silap2 boleh resign keje dr pegawai bank nie! Hahaha

Pegawai bank : Boleh gak! :-)

So, kesimpulan yang saya dapat rupanya dah ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran bahawa eBay merupakan lubuk duit di internet! Dan bagi mereka yang masih lagi mencari-cari peluang perniagaan dikala keadaan ekonomi yang meruncing nie..sila-silakanlah menceburkan diri dalam perniagaan eBay! Anda pasti takkan menyesal! :-)


Related Posts with Thumbnails
Tags : ,

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


22 Responses to “Pegawai Public Bank Terkejut!”


  1. wah.. nampaknya dah makin ramai yg buat ebay ni. bgus2. nmpaknya rakyat kita dah bijak merebut pluang yg ada d depan mata.

    nanti boleh la malaysia masuk world of record kerana malaysia adalah negara paling ramai yg berniaga di ebay. hahaha :P

  2. wah…maknanya dah makin popular la ebay kat malaysia nie….selamat maju jaya kepada semua internet marketer malaysia…huhuh

  3. nuwa says:

    eBay mkn hr makin popular sbg salah satu sumber side income..jom bro buat biz ebay! :-)

  4. cheklem says:

    Thanks Bro Nuwa. Cita ni sgt. menarik.

  5. kooreen says:

    Mengenai persoalan ni, saya akan bertanya terus kpd pegawai bank PBB nanti insya’allah. Skrg ni msh dlm mood bercuti 5 hari, hehe. Lps ke KL skrg ni brd di Redang dan akan ke demong beach resort pula. Saya akan rujuk bank officer mrk berkenaan akaun dbt kad mrk. Tunggu yer.

  6. nuwa says:

    Terima kasih ibnuahmad kerana mengutarakan persoalan tersebut kepada UZAR, nmpknya UZAR telah menjawab persoalan tersebut dan sy rasa dpt merungkaikan kekusutan nie.. Mengikut apa yg saya faham, jika sekiranya kita apply dbt kad di PBB..kita tidak wajib memiliki sebarang akaun di bank tsb. Ini kerana, apabila dbt kad tsb diluluskan, secara automatik satu akaun akan dibuat bg pengurusan dbt kad tsb utk kita. Dan, Public Bank Visa Electron merupakan satu dbt kad yg berterasakn Islamiah..so, akaun yg diwujudkan based on Islamiah. Sy rasa, tiada keraguan dalam penggunaanya.. Apapun, kita tunggu penjelasan dari kooreen berkenaan perkara ni apabila beliau telah menghubungi pegawai bank nanti.

  7. hensem guy says:

    apply debit kad public bank memang lama…masa saya apply baru2 ni, sebulan baru lulus. tapi bila dah lulus, masukkan duit dalam kad tersebut tru online banking atau CDM, lepas 2-3 hari kad sampai ke rumah.

  8. kakeru says:

    Means ramai org kita dah buka mata pasal ebay, pemasaran internet etc la eh..? Gud!

  9. Emmm…mmg da ramai yg tau potensi ebay nie…tetapi nasihat saya…jikalau nk buat ebay buat dengan professional…jgn spai tak bayar fee…peace

  10. zetta172 says:

    makin ramai pula yang bisnis internet nie

  11. marisa says:

    ini bukan pegawai bank yg terkezut tapi awak yg terkujat…hehehe

    errr…klu nk buat debit kad ni,apa yg perlu kita bwa & maklumat apa yg perlu diisi?

  12. nuwa says:

    yup marisa..saya pun terkujat..tp, terkujat tu apa ek? :-)
    Utk pembukaan debit kad PBB.. awk just bawa salinan kad pengenalan shj.. lain-lain dokumen tak perlu.. senang.. hari ni saya ke al-rajhi pula, nk apply kad debit al-rajhi bank pulak! :-)

  13. ilhamputra says:

    uih.dah semakin popular org wat ebay ni.

  14. shahraduan says:

    Hohohohoho…peningkatan jualan kad visa naik mendadak kerana ebay..hehehe..bagus2 PB

    Aku suka Visa PB ni kerana dia akan pos statement tiap2 bulan..Kalau akaun ada masalah dengan ebay / paypal..statement tu lah jadi bukti..

  15. Maizul says:

    Baru semalam akuan online PB saya kene lock sbb tak online selama 6 bulan. Jarang semak baki melalui online ni tunggu surat je.

  16. samdaddycool says:

    .. hmmm good post,,… esok juga aku nak gi buka debit card PB (dah berzaman takde debit card, asyik jual paypal je)…

  17. fazx says:

    bleh tumpang tanye tak berapa bayaran untuk kita mohon kat debit nie??dan aper syarat dia?

  18. leman says:

    salam bro nuwa,

    boleh ajarkan tak macam mane nak keluarkan dwit paypal ni dgn fees die? trima kaseh.

  19. wen says:

    sy nak tahu macam mana boleh menyemak statement account public bank dalam komputer.

  20. Muhd Suhaily says:

    Satu peningkatan dari usahawan malaysia. Bersama kita majukan diri dalam perniagaan online.



Leave a Reply