Akhirnya : Fund Paypal ke Akaun Bank Malaysia!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Akhirnya, berita gembira yang dinanti-nanti akhirnya muncul juga. Fund PayPal telah boleh di transfer terus dari akaun Paypal ke akaun bank tempatan! Kini, pemilik akaun PayPal dari Malaysia telah setaraf dengan pemilik akaun Paypal USA! Hohoho. Boleh lihat scren shoot kat atas.
Sebelum ini, proses yang diambil untuk mencairkan duit dari PayPal ke debit kad di Malaysia mengambil masa sekitar 5-7 hari ataupun lebih. Kini, dalam masa hanya 2-3 hari sahaja anda sudah boleh melihat duit tersebut berada di dalam akaun bank di Malaysia. Hmm.. menakjubkan. Walaubagaimanapun, PayPal mengenakan caj RM 3.00 bagi setiap pengeluaran yang dibuat jika sekiranya amaun yang dikeluarkan kurang dari RM 400.00. Anda akan dapat mengeluarkan duit dari PayPal dengan percuma jika jumlah transaksi melebihi RM 40o.00 ke atas. Walaupun dikenaan caj RM 3.00, bagi saya ianya amat berbaloi jika dibandingkan dengan caj USD5 sebelum ini bagi setiap transaksi.Walaubagaimanapun, anda masih boleh mengeluarkan wang tersebut terus ke akaun debit kad anda dengan caj RM 20.00 bagi setiap transaksi.
Sebelum itu, anda perlu tambah nama dan nombor akaun bank anda di dalam akaun PayPal anda bagi membolehkan proses ini berjaya dilakukan. Jangan risau, ianya sungguh mudah dilakukan. Lihat screen shoot kat bawah :

Oleh itu, tiada lagi keraguan untuk anda yang masih ding dong untuk berniaga di internet atau tidak. Ini membuktikan bahawa urusan perniagaan menggunakan PayPal telah mendapat pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia (BNM). Rebutlah peluang untuk membina perniagaan internet anda hari ini juga!
Sekian, Selamat Ber eBay!
p/s : Seminar asas eBay saya yang akan berlangsung pada 8 hb November ini hanya tingal lagi 5 tempat kosong. Hubungi saya jika anda berminat untuk menyertainya.





tq bro..satu info yg amat best..pasni senang ler..
Pasti lebih senang.. Berita baik untuk usahawan eBay Malaysia!
:-)
Best2..biar orang tahu bahawa internet ni boleh cari duit dengan pengikirafan Paypal oleh BNM..nampaknya lepas ni kena register juga lah perniagaan internet..haha..
slm sifu. btw, informasi yg bagus.
dlm seminar asas yg akan diadakan bulan november, ada tak diajar cara2 research produk yang hot dan niche?
cara nak cari supplier produk fizikal pun kalau ada lagi bagus.
@enKHA - Jgn tunggu lama2 lagi!
@raden- Belum tahap sifu lagi..
Seminar asas sy fokus kepada mereka yg baru nk menceburi perniagaan eBay. That mean, mereka yg xpernh ada akaun eBay dan akaun Paypal. Walaubagaimanapun, mereka yg dh ada akaun pun blh join coz sy akan berikan juga beberapa teknik advance pencarian produk hot dan juga suplier produk fizikal.
I glad reading your blog post. Thank for share good information.
Advantageously, the post is actually the best on this deserving topic. I concur with your conclusions and will thirstily look forward to your future updates. Just saying thanks will not just be enough, for the fantasti c lucidity in your writing. I will instantly grab your rss feed to stay abreast of any updates. Genuine work and much success in your business enterprise!