Cialis onlinexanax onlineadderall onlineLevitraCialis

 Powered by Max Banner Ads 

Cucu Jual Nenek di eBay..

du_101

Salam Sejahtera..

Macam-macam boleh laku di eBay.. Seorang cucu tersilap membuat lelongan nenek beliau yang telah mencecah sehingga RM113,761! Terbukti, apa-apa sahaja boleh terjual di eBay. Jangan tiru aksi ini pula.. :-)

CLACTON, Britain - Seorang cucu yang bergurau apabila melelong neneknya di laman web eBay tidak menyangka apabila pembida sanggup menawarkan harga sebanyak £20,541 (RM113,761) untuk memperolehnya, lapor sebuah akhbar semalam. Bagaimanapun, lelongan itu ditarik balik kerana manusia tidak dibenarkan dilelong di laman web tersebut.Kisahnya bermula pada Ahad lalu, apabila nenek itu, Marian Goodall yang berumur 61 tahun kembali dari sebuah hospital dan berada dalam keadaan muram kerana sakit lutut.Cucunya, Zoe yang berumur 10 tahun berasa berang kerana dia diminta membuatkan minuman untuk neneknya. Zoe berkata: “Dia (neneknya) menyebabkan saya marah. Dia mengeluh sakit pada saya.

Semasa saya berada bersama komputer riba, saya berpendapat saya perlu meletakkannya di laman eBay.” Bapa Zoe, Thomas Pemberton yang berumur 31 tahun berkata, anaknya itu bukannya bertujuan untuk melelong neneknya tetapi mahu mendapatkan seseorang untuk menjaganya.Pemberton yang merupakan bapa tunggal menyatakan, terdapat pembida yang bertanya pelbagai soalan berhubung lelongan itu.”Dalam tempoh sehari harga bidaan mencecah £1,000 (RM5,538). Ia kemudian meningkat £2,000 (RM11,076). Saya kemudiannya mendapati ia mencecah £20,541. “Saya berasa terkejut tetapi ibu saya tidak mempunyai perasaan itu. Dia menyatakan harganya bernilai berjuta-juta pound,” katanya.Lelongan itu kemudian dihentikan pada Selasa lalu. - Agensi

Sekian, Selamat Ber eBay.

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


4 Responses to “Cucu Jual Nenek di eBay..”


  1. alkisah says:

    giler giler..rasa mcm nk lelong diri kat sini ek..mn tahu ada gadis2 nakal nak beli..hehe

  2. jedi79 says:

    Aik mcm2 ada. Alkisah boleh try kot , tengok market price bp hehe

  3. nuwa says:

    Betul tu jedi79.. boleh try market.. hehe

  4. ahfizfazi says:

    tarak guna punya cucu..
    jual diri sendiri la..



Leave a Reply