adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Masa Terbaik Untuk Berniaga di eBay?

hf_wewantyou

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Akhir tahun lepas kita semua dikejutkan dengan kemelesetan ekonomi USA yang telah memberi impak dan kesan ekonomi kepada negara-negara lain termasuklah negara kita yang sedikit sebanyak telah menerima tempiasnya. Teringat peristiwa 12 tahun lepas, ketika itu keadaan ekonomi Malaysia merudum teruk sehingga saya yang tidak bersalah pun terima akibatnya..  Maksud saya ialah kadar biasiswa ketika saya belajar di Universiti ketika itu dikecilkan jumlahnya.. :-)

Hari ini, peristiwa 12 tahun lepas nyaris-nyaris terjadi lagi. So, apakah persedian saya dan juga anda bagi menangani krisis ekonomi yang tidak boleh di jangka ini? Bagi saya, memiliki sebuah perniagaan boleh dijadikan sebagai jaminan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini. Sudah tentunya saya memilih untuk berniaga di eBay USA kerana kadar tukaran US Dolar dengan Ringgit Malaysia agak kukuh walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Masih boleh menjana keuntungan! Hohoho

Kadar tukaran US Dolar dengan Ringgit Malaysia hari ini ialah 1 USD = RM 3.5685.  Hmm.. satu kadar yang agak tinggi. Sepanjang saya menjalankan perniagaan di eBay,  kadar tukaran 1 USD dengan Ringgit Malaysia sukar untuk turun ke paras RM 3 kebawah. Dan seingat saya, paling rendah pun ianya turun kepada RM 3.10 dan paling tinggi pernah mencecah ke RM 3.80. Lebih atau kurang dari itu mungkin diluar pengetahuna saya cuma apa yang saya ingin kongsikan ialah menjalankan perniagaan menggunakan matawang asing ini amat menguntungkan! Salah satu landasannya ialah menggunakan platform eBay! Di eBay, jika anda berjaya menjana keuntungan bersih USD 1000 sebulan, anda sudah berjaya menjana pendpatan bersih RM 3600 sebulan dalam Ringgit Malaysia! Kalau dalam Pound Sterling mcm mana pula? :-)

Kesimpulannya, mulakan langkah anda sekarang berniaga secara online ke seluruh dunia. Dalam keadaan eknonomi sekarang, saya berandaian rakyat di negara-negara luar terutamanya di negara-negara maju seperti USA dan Britain lebih gemar membeli belah secara online untuk menjimatkan kos mereka. Dan salah satu tempatnya ialah eBay kerana eBay merupakan web lelongan yang telah terkenal dengan harga murah dan mempunayi tahap keselamatan urusan jual beli online yang boleh dipercayai.

Bagi anda yang masih kabur dan tercari-cari langkah untuk memulakan perniagaan di eBay, saya akan menganjurkan Seminar Asas Perniagaan eBay, tempat adalah terhad kerana saya mahu menumpukan perhatian kepada kumpulan kecil mereka yang berminat sahaja! :-)

Sekian, Selamat Ber eBay! :-D

banner1

Related Posts with Thumbnails
Tags :

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


2 Responses to “Masa Terbaik Untuk Berniaga di eBay?”


  1. msarbin says:

    mmg cool bila dapat menjana pendapatan di ebay. tak cool bila sales jadi ‘cold’. hohoho. mari kita kembangkan perniagaan ebay kita ke tahap yang lebih baik

  2. nuwa says:

    yup bro msarbin.. Kembangkan biz time ekonomi gawat mcm nie.. :-)



Leave a Reply