Perniagaan eBay Sebagai Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai di antara kita berlumba-lumba mencari peluang menambahkan pendapatan bagi menampung kos sara hidup diri dan tanggungan. Ada yang berniaga pasar malam, join perniagaan MLM, jual kerepek kat pejabat dan pelbagai lagi perniagaan yang boleh membantu memberi duit lebih untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar dari hari ke hari. Saya pasti majoriti dikalangan pembaca mempunyai minat dalam perniagaan, kalau tidak sudah pastinya anda tidak akan singgah ke blog saya nie..
Saya mula membina perniagaan internet sejak 4 tahun lepas dimana pelbagai model perniagaan internet saya ceburi. Akhirnya, saya menemui eBay sebagai jawapan terbaik untuk saya menjana pendapatan yang boleh dijana secara separuh masa dan amat menguntungkan walaupun saya kini masih bekerja makan gaji secara tetap. Bagi saya, tiada salahnya bekerja makan gaji kerana peluang sentiasa ada dan perlu merebutnya untuk merubah gaya hidup.
Pada saya, kelebihan saya atau anda yang masih mempunyai pekerjaan tetap dalam membina perniagaan internet ialah anda mempunyai peluang untuk menjana keuntungan di samping mempunyai gaji tetap setiap bulan. Sebenarnya, gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan perniagaan anda pada permulaan tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari perniagaan anda atau membuat pinjaman dari mana-mana pihak.
Apa yang saya praktikkan pada permulaan adalah dengan membelanjakan modal bulanan sebanyak 10% setiap kali dapat gaji untuk membina perniagaan internet saya. Saya akan gunakan modal tersebut untuk melanggan tool dan membeli buku untuk menambahkan ilmu dalam memperkembangkan perniagaan internet saya. Jangan merasa rugi jika sekiranya sesuatu yang dibeli tidak memberi apa-apa kesan kerana ianya adalah normal dalam proses pembelajaran. Bila keuntungan mula diperolehi, anda akan tersenyum kerana tidak perlukan lagi 10% tersebut kerana hasil dari keuntungan perniagaan sudah mampu menampung semua kos yang terlibat dan juga mampu menanggung kos perbelanjaan bulanan anda. Hasilnya, wang gaji anda akan dapat disimpan untuk perbelanjaan masa akan datang.. Hohoho.
Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina perniagaan secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda secara separuh masa hari ini. Hubungi saya jika anda betul-betul berminat menjana pendapatan di eBay, saya akan bantu anda mana yang termampu. InsyaAllah, eBay menjanjikan pendapatan yang lumayan jika kena dengan caranya.. Anda bila lagi?
Sekian, Selamat Ber eBay!






Seminar Asas Perniagaan eBay akan berlangsung pada 8 hb November ini. Yuran hanya RM 100. Tempat adalah terhad! Hubungi saya jika berminat.
minat dan boelh bantu. masih tak paham ttg Ebay w/pun dah ada ebook ttg ebay.