Potensi Perniagaan di eBay
eBay adalah sebuah laman yang membenarkan anda untuk membeli atau menjual produk/servis melalui sistem lelongan. eBay sememangnya amat terkenal di seluruh dunia kerana eBay telah menggubah lanskap perniagaan diinternet. Bukan sahaja perniagaan berasaskan laman web, perniagaan di eBay juga mempunyai potensi pasaran yang menjangkau bilion-bilon dolar setahun. eBay adalah satu kisah kejayaan internet. Hari ini, saya akan kongsikan pengalaman saya berniaga di eBay dan juga potensi perniagaan ini untuk menjana pendapatan lumayan.
Selain menjanjikan pendapatan yang lumayan, ada beberapa faktor untuk anda menceburi perniagaan ini antaranya :
1. Tiada Batasan Masa
2. Bekerja hanya dari rumah sahaja
3. Tak Perlu Pejabat
4. Tidak perlu berjumpa klien
5. Kos Murah
6. Tidak perlu buat Pinjaman
7. Hampir semuanya AUTOMATIK
8. Risiko Rendah
9. Lebih Masa Bersama Keluarga
10. Pandapatan dalam Mata Wang Asing.. USD? Pound Sterling?
Anda perlu merebut peluang ini kerana perniagaan eBay adalah perkara yang masih baru di Malaysia, agak rugi jika anda melepaskannya begitu sahaja! Inilah masa di zaman kegawatan ekonomi global untuk anda menjadi perintis perniagaan eBay di Malaysia. Inilah juga satu-satunya kaedah paling murah untuk menjadi seorang peniaga global. Oleh itu, jangan lupa sentiasa kunjungi blog ini bagi mendapatkan informasi dan tips-tips terkini perniagaan di eBay!
Sekian.





boleh beri nasihat barang perniagaan yang sesuai untuk perniaagaan internet. Saya masih mencari cara memulakan
T kasih kerana membantu