Projek Kedai Online 2010

Assalamualakikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Projek 2010 saya sudah bermula. Pembinaan kedai online yang mensasarkan pelanggan dari seluruh dunia adalah projek pertama saya di awal tahun 2010 ini. Hohoho..
Perkara utama yang perlu saya pertimbangkan untuk membina kedai ini adalah pemilihan web hosting dan juga domain name. Antara aspek yang perlu dititik beratkan adalah :
1. Server Location
Dalam kes saya, saya mensasarkan pasaran worldwide. Oleh itu, rasanya tidak sesuai untuk saya memilih hosting yang di hostkan di Malaysia. Ini kerana Speed Network yang ditawarkan oleh server di USA adalah sebanyak 100 mbps atau lebih, maka data yang dihostkan di server tersebut akan lebih laju untuk dicapai dari mana-mana pelusuk dunia ni berbanding dengan hanya 1 mbps Speed Network untuk server yang di hostkan di Malaysia. Namun, jika anda memilih untuk pasaran tempatan, hosting yang di hostkan di Malaysia amat sesuai kerana kadar capaian yang agak laju di dalam negara.
2. Uptime Server
Uptime - berapa reliable hosting server yang anda pilih. Jika anda mengambil servis daripada hosting yang mempunyai uptime yang lemah, anda akan kehilangan visitors dan sekali dengan income anda. Website anda tak akan load beberapa kali dalam masa sehari, dan ini akan menyebabkan visitor2 website tak dapat layarinya.
Oleh itu uptime adalah sangat penting, saya pernah dengar ramai Internet Marketer antarabangsa yang percaya jika uptime tak bagus, website tak akan load sempurna beberapa kali dalam masa sehari dan ia akan menyebabkan SERPs anda jatuh kerana bot2 search engine pun tak dapat layari website anda.
3. Pakej Yang Ditawarkan
Jika anda adalah seorang yang berhati-hati, sudah pasti anda akan mengkaji setiap pakej web hosting yang terlalu banyak ditawarkan sekarang ini. Pelbagai tawaran yang disediakan, antara yang menarik minat saya adalah seperti :
- Unlimited Space
- Unlimited Bandwithd
- Unlimited Domain Name
- Pelbagai Unlimited Lagi.. Hoho
Walaupun pelbagai tawaran hebat yang ditawarkan, sila berhati-hati kerana terdapat juga penyedia khidmat web hosting scammer di internet. Pilihlah web hosting services yang benar-benar boleh dipercayai.
4. Support
Ini sangat-sangat PENTING! Cuba hantar emel dan tunggu respon dari mereka. Tgk berapa lama mereka respon kepada persoalan kita. Jika ambil masa sehari, lupakan sahaja! Ini kerana, pelbagai masalah akan muncul selepas anda melanggan hosting mereka samada dari segi teknikal atau billing. So, support 24/7/365 amat penting. Ada juga penyedia web hosting menyediakan Live Chat yang sangat-sangat memberi kemudahan kepada pelanggan mereka.
5. Pemilihan Domain Name
Domain Name mestilah yang dipilih mestilah sesuai dengan niche kedai atau produk yang ingin dipasarkan. Ini amat penting untuk menjadikan web tersebut mudah di indeks oleh engine carian besar cthnya seperti Google dan Yahoo. Apa yang pasti, jika sekiranya web saya tersenarai di muka pertama Google atau Yahoo, sudah pasti saban hari jualan pasti akan berlaku! Hoho. Itulah kuasa SEO!
Antara penyedia web hosting yang telah saya gunakan selama ini adalah seperti di bawah. Support yang mereka berikan amat bagus dan saya sangat selesa bersama mereka!
Syarikat Tempatan :
Syarikat Luar Negara :
Penyedia Web Hosting HostGator amat saya sarankan! Support mereka pada saya tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pesaing. Bandwithd dan space adalah UNLIMITED. Saya selalu memilih pakej BABY yang sangat affordable. Selain itu, uptime server mereka sangat laju, tak percaya anda boleh surf forum-forumyang membincangkan pasal hosting. Saya telah beberapa kali test uptime server mereka dan ternyata tidak mengecewakan.
Anda boleh register domain name yang sangat murah di www.godaddy.com. Harga domain mereka sangat-sangat berbaloi namun web hosting mereka saya tidak syorkan.
Selamat Memilih Web Hosting untuk perniagaan anda & Selamat Ber eBay juga!
Sekian..









tahniah bro..semoga berjaya didunia online..setapak ke hadapan nampaknya..
@alkisah - Setapak demi setapak, harap2 tak jatuh lubang dah ler.. hehe..