adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Saya Memilih eBay. Kenapa?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Tahun 2008 diakhiri dengan kegawatan ekonomi yang disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam sejarah dunia, keadaan ekonomi yang semakin merudum menyebabkan banyak syarikat-syarikat besar gulung tikar..

Mungkin ramai diantara kita yang dah mula mengintai peluang-peluang perniagaan sebagai persediaan menghadapi kegawatan ini. Almaklum laa..bahang kegawatan ini telah mula dirasai di negara kita walaupun pihak kerajaan menafikannya.. :-) Bagi saya, persediaan ini amat perlu jika sekiranya ingin meneruskan kehidupan dalam keadaan yang selesa walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi yang meleset..

Anda pernah dengar eBay? Bagi menjawab persoalan tajuk post sulung saya, saya memilih ebay sebagai salah satu sumber untuk saya menambahkan pendapatan tambahan saya pada tahun ini. Saya sebenarnya telah mula berkecimpung dalam perniagaan internet sejak 2006 dan pelbagai bentuk perniagaan internet telah saya ceburi dan terokai. Ada yang berjaya dan ada yang sebaliknya.. Namun, 2009 bermula dengan saya memberi fokus kepada perniagaan di ebay!

Kenapa ebay? Ebay merupakan salah satu pasar raya dalam talian terbesar dunia. Segala pengurusan perniagaan dijalankan secara auto pilot dan kedai saya dibuka 24 sehari, 7 hari seminggu dan tidak ditutup selama 365 hari setahun! Potensi perniagaan di ebay amatlah luas kerana pelbagai barang diniagakan dan pelanggan berjuta-juta orang sehari.

Untuk melakukan pemantauan dan senaraian, ianya tidaklah mengambil masa yang lama. Saya cuma memperuntukan beberapa minit untuk mengetahui status produk-produk saya di eBay. “Kedai saya” sentiasa dibuka setiap hari 24/7. Tiada masalah!

Tidak kira sama ada saya berada dirumah atau pergi melancong sekalipun, perniagaan saya di eBay tetap dibuka dan sentiasa menerima pelawat setiap hari.

Dengan berniaga di eBay, saya tidak perlu menggajikan sesiapa. Sayalah kuli dan sayalah boss! Saya dapat kurangkan kos menggajikan pekerja kerana eBaylah ‘pekerja’ saya. Ia boleh bekerja 24 jam tanpa henti setiap masa.

Saya bebas membuka kedai dan tidak memerlukan lot untuk disewa. Berniaga di eBay saya hanya dikenakan ‘fee’ yang amat-amat murah dan berbaloi. Malah jika menyenaraikan salah satu produk untuk pasaran Malaysia, saya boleh melakukannya secara percuma dan kemudian kaut keuntungan 100%.

Malah dengan eBay jugalah saya dapat membina jualan ulangan dan menarik pelanggan baru terus ke laman web saya. Jadi saya jimatkan kos promosi saya kerana saya tahu, eBay memiliki pelawat yang amat ramai. Kenapa tidak saya rebut peluang ini.

Jadi, kalau teringin nak belajar, kenalah bersedia menuntut ilmu. Yang mana terkurang, kita betulkan, yang mana dah ok, kita mantapkan dan sama-sama kita menuntut ilmu!

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


2 Responses to “Saya Memilih eBay. Kenapa?”


  1. kooreen says:

    Walaupun anda seorang pemain bolasepak, anda juga boleh meniaga di ebay..ebay memang best!!

  2. nuwa says:

    Yup..tak kira anda pemain diposisi mana, ebay tidak mahu tahu.. :-)



Leave a Reply