Cialis onlinexanax onlineadderall onlineLevitraCialis

 Powered by Max Banner Ads 

Selamat Hari Raya AidilFitri 1430 Hijrah

shr

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Hari ini, 2 Syawal 1430 Hijrah.. Hari kedua kita umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang Mulia..Hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga serta menahan nafsu. Dan rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini.

Di kesempatan ini juga, saya doakan anda sekeluarga sentiasa berbahagia menyambut lebaran kali ini. Saya kini berada di Terengganu, berhari raya di rumah orang tua di sini. Agak meriah perayaan kali ini bersama sanak saudara dan rakan-rakan lama. Bagaimana dengan anda? Semoga ianya membawa seribu pengertian dalam kehidupan kita sebagai insan kerdil di atas muka bumi Allah Yang Maha Luas ini.. InsyaAllah..

Bagaimana pula urusan perniagaan eBay anda sepanjang cuti hari raya ini? Jangan sesekali abaikan ia kerana pelanggan eBay di luar sana sentiasa membuat urusan jual beli. Bagi saya pula, capaian internet yang tidak berapa stabil di kampung saya memaksa saya keluar mencari talian yang lebih stabil di bandar demi eBay! Hohoho. Mujurlah saya telah setkan semua store-store eBay saya ‘On Vacation’. Fungsi ini banyak membantu saya di musim perayaan seperti ini. Oh ya, fungsi ini boleh diperolehi apabila anda melanggan Selling Manager Pro (SMP) untuk store anda. Banyak kelebihannya menggunakan SMP ini, antaranya adalah automation rules yang mana dapat membantu menguruskan perniagaan eBay anda secara automatik.. Saya akan huraikan fungsi SMP ini dengan lebih detail pada masa akan datang..InsyaAllah.

Bagi anda yang akan pulang semula ke kota untuk bekerja, doa saya semoga semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Hati-hati di jalan raya dan rancang perjalanan anda sebaik mungkin. Salam Aidilfitri sekali lagi dan Semoga Berbahagia Selalu! :-)

Sekian, Selamat BereBay! :-)

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


4 Responses to “Selamat Hari Raya AidilFitri 1430 Hijrah”


  1. kooreen says:

    Selamat Hari Raya Bro..
    Selamat Hari Raya kepada semua usahawan2 ebay Malaysia! Moga bisnes makin maju! :-)

  2. awang says:

    Salam Aidilfitri.. harap boleh kongsi tip2 power bisnes ebay………..

  3. alkisah says:

    salam hari raya semua..semoga raya tahun ni lebih best dr raya tahun2 sudah..



Leave a Reply