Selamat Menyambut Ramadhan.. Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Ohh.. Cepat sungguh masa berlalu.. Ramadhan Al-Mubarak kembali menjelma, bulan penuh kemuliaan untuk seluruh umat Islam. Alhamdulillah, hari ini kita memasuki hari ketiga dalam kalendar tahun hijrah 1430 menunaikan ibadah berpuasa di bulan penuh kemuliaan ini. Jom sama-sama mempertingkatkan ibadah disamping mencari rezeki ‘lebih’ sempena musim perayaan yang bakal tiba nanti.. Sudah tentunya ebay menjadi saluran! Hohoho
Sempena Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf dari pembaca blog ini. Ada masa saya tidak sempat membalas emel-emel yang dihantar kepada saya, mungkin saya terlepas pandang dan kadang-kadang saya lambat membalas emel pertanyaan dari pembaca mengenai perniagaan eBay, al-maklum laa.. saya juga manusia biasa yang masih daif dalam pengurusan masa. InsyaAllah, saya akan cuba memperbaiki kelemahan ini.. Amin.
Hadirnya Ramadhan setiap tahun merupakan peluang kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Ada juga yang mengambil kesempatan menjalankan perniagaan, ada yang menjual kuih-muih, pakaian dan pelbagai lagi persiapan bagi menyambut Hari Raya. Tahun lepas, saya mengambil kesempatan menjual produk pakaian di eBay dan sambutannya agak menggalakkan. Agak sukar untuk memikat hati rakyat Malaysia untuk membeli belah secara online namun teknik yang saya gunakan nampaknya boleh lagi dipraktikkan tahun ini.. Bagi anda yang hendak mencuba nasib menjual di eBay Malaysia, sekarang bagi saya adalah masa yang terbaik untuk menguji produk anda..
Sekian, Selamat Ber eBay!






selamat berpose gak bro…hehehehehe…jumpa kat chini nnt masa raya kalo ko blk la…bley jumpa adik ko merangkap kwn aku sklai…huhhuhuhu
InsyaAllah bro.. Ada rezki kita jumpa nanti..