TENSION : Listing Kena Removed, Akaun Kena Banned!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Bagi mereka yang bergiat cergas sebagai usahawan di eBay, perkara yang sangat-sangat ditakuti adalah item yang di jual di removed oleh eBay dan juga akaun di suspend untuk jangka masa tertentu . Anda sama sekali tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti jualan dalam tempoh tersebut. Sudah pasti ketika ini hati akan hancur luluh umpama di tinggalkan kekasih.. Huhu..
Antara sebab utama yang mengakibatkkan item-item yang dijual di removed oleh eBay ialah menyalahi polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak eBay. Antaranya adalah menjual barangan cetak rompak, barang tiruan, barang curi, terlalu banyak negative feedback atau menciplak listing penjual lain serta pelbagai lagi polisi eBay yang agak ‘ketat’. Namun begitu, ada juga penjual yang bernasib baik dan dapat bertahan lama menjual barangan seperti yang disebutkan di atas kerana pihak eBay juga mengambil masa untuk review jutaan akaun di eBay. Kecuali, ada pihak lain atau ada orang yang sakit hati melihat kejayaan anda membuat laporan kepada eBay tentang anda. Jika sekiranya laporan tersebut benar, maka kesemua item-item yang menyalahi polisi eBay akan di removed dan jika anda kurang bernasib baik, akaun anda akan turut dibekukan. Hal ini tidak terhad kepada akaun-akaun yang baru sahaja malah ada akaun yang telah bergelar Power Seller turut menerima nasib yang sama..
Saya juga mungkin berpendapat seperti anda, polisi eBay ini agak menyusahkan! Atau eBay boleh mendabik dada dengan sewenang-wenangnya membekukan akaun serta membuang semua listing yang telah dilakukan kerana mereka mempunyai trafik yang tinggi dan merupakan salah satu web jualan online terbesar dunia. Sebenarnya, mereka mengambil langkah pencegahan daripada di saman atau dilabelkan sebagai web jualan yang membenarkan aktiviti-aktiviti kurang sihat berlaku. Ini terbukti apabila mereka (eBay) telah disaman sebanyak &63 Juta oleh Louis Vuitton (LV) rentetan dari kemungkinan mereka membenarkan penjual menjual barangan tiruan LV. Lihat Berita Penuh
Walaubagaimanapun, jika akaun anda di removed, listing ditamatkan, jangan cepat berputus asa. Bina kembali akuan anda dan berusaha untuk mematuhi polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh eBay kerana bagi saya eBay merupakan antara landasan terbaik untuk mencipta kebebasan kewangan!
Sekian, Selamat Ber eBay!






Memang betul tu..saya dah 2 kali kena suspend akaun ni..tp mcm otai2 ebay bgtau kena hati kering..jgn give up..teruskan buat.
Thanks bro nuwa dgn tips2 yg bagus ni
Biasa la tu bro.. kena suspend dan limited access dah jadi asam garam penggiat ebay nie.. Dr pengalaman menjadi cabaran utk terus berniaga! Hehe
Teringat aku pernah dapat email untuk deal guna penguam dengan kos 10,000 Euro untuk dapat hak Copyright & Trademark..nasib email ja..kalau surat lawyer betul-betul sampai..huhu
Good info, memang betul jika kita sentiasa mengikuti polisi ebay insyaAllah akaun ebay anda boleh bertahan lama macam bro punya 2 akaun ebay since 2006 kekal sehingga kini…
People that would like to get a success detect a reliable essays online service to buy their argument essay at. These things we do also.
perghhh..nasib baik la emel kalau btl nk kena cr 10k euro tu bro enkha..biasala bila dh terjerumus ke lembah worldwide mcm2 la kita blh jupe..
Bro,
Kalau akaun kena remove gak apa yg perlu buat utk bukak akaun baru? Yang aku faham, kita kena start balik dr awal. Bukak akaun ebay baru, paypal baru, address baru.
Tapi yg aku mushkil ialah, aku pakai kad kredit kat paypal aku tu.Kad kredit tu kena apply baru ke (mintak dgn bank lain) atau mintak tukar dgn kad lain je (still remain bank yg sama, cuma no kad baru)? Boleh tolong jawabkan?
@man - Boleh try utk tukar kad namun bg2 nama awk tetap direkodkan oleh eBay dan Paypal. Mereka still boleh xluluskan permohonan akaun baru. Namun begitu, kalau guna nama awak, akaun bank awak tp still bermasalah, gunakan nama org lian cthnya nama awek, tunang, isteri ataupun sanak saudara.