Cialis onlinexanax onlineadderall onlineLevitraCialis

 Powered by Max Banner Ads 

Home » Ronda »

Pendapatan Automatik dari eBay Mula Terhasil

money_on_the_internetAlhamdulillah, saya selamat kembali ke Kuala Lumpur dari Mukah, Sarawak tengah hari tadi setelah 4 hari 3 malam bertugas di sana. Perjalanan ke Mukah kali ini boleh saya sifatkan sedikit mencabar kepada saya kerana terpaksa menaiki bot laju menyusuri Sungai Rejang ke pekan Dalat yang memakan masa hampir 3 jam. Rasa macam anggota tentera la pulak! Namun begitu, pengalaman ini cukup bermakna kepada saya kerana dapat menyaksikan secara langsung kehidupan masyarakat Sarawak di sepanjang sungai ini.  Seterusnya, saya perlu menaiki kenderaan darat pula selama 1 jam untuk sampai ke bandar Mukah.  Ini kerana, tiket penerbangan dari Sibu terus ke Mukah telah habis ditempah kerana Pesta Kaul sedang berlangsung di Mukah pada hujung minggu lepas.  Dapatlah juga berkunjung ke pesta ini sambil-sambil intai produk best untuk di jual kt eBay! Hohoho

Saya ingin merakamkan ucapan Jutaan Terima Kasih kepada En. Shopian dan juga Pn. Mazliza (loving husband and wife) anak jati Mukah di atas layanan bak raja kepada saya sepanjang saya berada di Mukah, Sarawak. Jasa baik kalian tidak akan saya lupakan! Dapatlah juga saya mempelajari serba sedikit budaya dan adat resam masyarakat Sarawak serta merasa makanan tradisonal Sarawak yang memang best. Pian, rasa nak bungkus bawak balik jer sagu goreng dengan kuah bilis tu.. hehe. Apapun, semoga kita dapat bertemu lagi, jangan lupa call time holiday kat KL dan selamat menanti kelahiran cahaya mata pertama! Semoga semuanya selamat.

Hmm.. dalam tempoh tersebut saya sebenarnya gagal untuk online kerana tidak membawa bersama modem broadband Celcom akibat tergesa-gesa mengejar flight pada awal pagi Jumaat. Tidak tenteram rasanya jiwa raga tak dapat online selama 3 hari. Namun begitu, walaupun tidak bekerja di eBay selama 3 hari tersebut, eBay sebenarnya telah bekerja untuk saya dengan menjana hasil jualan mencecah USD600 selama 3 hari ini! Seakan tidak percaya saya melihat akaun-akaun eBay saya tadi, tapi itulah hakikatnya! Mungkin angka ini sedikit kepada anda, namun saya berpuas hati kerana eBay telah mula menghasilkan pendapatan kepada saya walaupun ketika saya tidur! Hohoho

Apa yang ingin saya kongsikan ialah kepentingan untuk mengautomasikan perniagaan eBay anda supaya eBay bekerja untuk  anda secara automatik. Apa yang saya maksudkan adalah seperti mengaktifkan tool untuk meneruskan senaraian barangan yang dijual secara automatik tanpa perlu anda melakukannya, memberi feedback serta merta  kepada pelanggan apabila mereka membuat bayaran serta pengurusan store yang efisien dan banyak lagi fungsi automatik di eBay. Saya pasti, jika berjaya mengautomasikan perniagaan ini, anda boleh bergoyang kaki dan eBay terus menerus menghasilkan pendapatan setiap hari!

Dan yang paling penting ialah untuk meneruskan usaha berniaga di eBay, jgn give up! Saya menerima banyak emel menceritakan tentang kegagalan menjalankan perniagaan di eBay. Paling penting ialah meneruskan usaha mempelajari ilmu perniagaan ini seperti menghadiri seminar dan juga berforum. InsyaAllah, anda pasti berjaya menghasilkan jualan jika sentiasa rajin!

Sekian, selamat ber eBay! :-D

p/s : Saya sedang siapkan ebook percuma untuk newbie menceburi pernigaan di eBay secara fast track!

Related Posts with Thumbnails
Tags : ,

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


11 Responses to “Pendapatan Automatik dari eBay Mula Terhasil”


  1. alkisah says:

    best2..2 perkara yang best. 1- dapat merasai pengalaman sepanjang di sarawak. 2. sudah tentulah income ebay bro tu, walaupun tak online namun income masih mencanak masuk..tahniah bro, semoga terus dimurahkan rezeki.

    tak ambil gambar ke sepanjang kat sarawak..

  2. jedi79 says:

    Wah saudara Nuwa nak kuarkan ebook percuma, best ni bro.Ye ada gambar masa kat Sarawak x?

  3. msarbin says:

    wahh.. hebat la bro nuwa. USD600 for 3days!!!

  4. S.K. says:

    Kalo dah biasa ber eBay memang jiwa tak tenang kalo tak online satu hari. Tapi memang betul automation tool memang power kalo kita pergi bercuti. :)

  5. nuwa says:

    @alkisah - Terima Kasih Bro..

    @jedi79 - InsyaAllah bro..sy dlm proses siapkan ebook tu.. gmbr ada bro masa kt Mukah n time naik bot tu.. nanti sy publish.. :-)

    @msarbin - Alhamulillah bro..rezki anak2.. :-)

    @S.K - betul tu S.K.. tak o9 kt eBay sehari mmg xtenang jiwa…Apapun, automation tool yg eBay sediakan mmg byk membantu..

  6. Shahraduan says:

    Wahh kaya ko..3 hari USD600…hehehe

  7. Shahraduan says:

    Ini mesti dropship lain nih…muahaahaa

  8. nuwa says:

    Rezeki bro.. :-)
    Nak ikut jejak bro..jual produk fizikal sendiri pulak… baru lg masyukk.. haha

  9. hm says:

    bro nuwa, masyuk 2! USD600 in 3 days= RM2k!! mane nk dpt kalau mkn gaji…hukhuk…

  10. naim says:

    bgos2 kept it up k..x sabo nak tgu ebook percuma nuat hehee

  11. helmi says:

    salam kenal
    uhuh dasat dasat
    nak blaja cam ne tu leh dapat banyak camtu



Leave a Reply