Powered by Max Banner Ads 

Home » Seminar »

Sekitar eBay OnRamp Workshop - MATRADE

et-picture-004

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Bulan lepas saya telah dijemput menyertai eBay Education Specialist Team ke eBay OnRamp Workshop yang telah berlangsung di Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Workshop ini bertujuan memberi pendedahan kepada para usahawan di bawah naungan MATRADE untuk menggunakan platform eBay sebagai landasan untuk mereka mengembangkan lagi perniagaan mereka ke seluruh dunia. Kebanyakkan peserta yang hadir juga terdiri dari para businessman yang mempunyai pelbagai latar belakang perniagaan yang stabil. Begitu teruja saya berjumpa dengan mereka yang telah mempunyai perniagaan diperingkat  nasional/multinasioanl yang stabil dan sememangnya mereka mempunyai idea dan pandangan yang jauh dalam dunia perniagaan. Sempat la juga saya berkenalan dengan beberapa orang CEO syarikat. Penting tu, untuk menjalinkan usahasama perniagaan pada masa akan datang. Hohoho.

Saya dan beberapa orang lagi rakan sebenarnya diberi tugas sebagai fasilitator untuk membantu para peserta workshop ‘berkenalan’ dengan eBay. Workshop 2 hari tersebut telah berjaya membantu para peserta membuka akaun eBay, akaun Paypal Verified serta teknik asas membuat jualan produk di eBay dan pelbagai tips penting untuk berjaya dalam perniagaan eBay. Pengendalian workshop ini sebenarnya turut dipantau oleh pihak eBay sendiri di mana Sales Manager dari eBay Singapore telah hadir dimana beliau turut membantu menjawab kemusykilan tentang prosedur dan peraturan jualan yang telah ditetapkan oleh pihak eBay.

Kesimpulannya, eBay telah mula mendapat tempat di kalangan usahawan-usahawan besar sebagai landasan untuk memasarkan produk mereka ke seluruh dunia. Selain itu, kerajaan Malaysia sendiri melalui MATRADE juga nampaknya telah menguiktiraf eBay sebagai satu peluang pemasaran pernisgaan baru di Malaysia.

Gambar-gambar sekitar eBay OnRamp Workshop

et-picture-003

dscf7315


dscf7303

dscf7296

Sekian, Selamat Ber eBay! :-)

Related Posts with Thumbnails
Tags :

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


4 Responses to “Sekitar eBay OnRamp Workshop - MATRADE”


  1. Wah..Otai ebay dah sekarang ni. Saya still berkira kira nak try ebay salah satu dari biz saya nanti. Survey produk dulu.

  2. nuwa says:

    Belum sampai tahap otai lagi Bro.. :-)
    Saya pasti klu bro Sham buat eBay, pasti xmenang tangan.. org lama, byk pengalaman! Jom bro.. :-)

  3. mengkudu says:

    Bro nuwa,
    Nak ty, saya byk listing produk kat ebay.Sebulan dlm RM200 sy kena bayar utk listing ebay. Normal ke tu?Bersih saya dpt dlm 3K.Saya tak apply pun relist.Betul ke cara saya tu?Atau lebih baik ke kalau saya relist produk yg tak terjual.?

  4. nuwa says:

    @mengkudu - RM200 sebulan byr fee eBay umpama byr sewa bulanan tapak kedai. Bg saya, dengan keuntungan RM 3k ianya sgt2 berbaloi kerana anda menyewa sebuah tapak kedai online yg berniaga ke seluruh dunia! Kalau nk relist produk yg xterjual pun ok sbnrnya, namun pastikan ianya masih ada demand.. Apapun, tahniah kerana telah menjana pendapatan dari eBay! Yang lain mcm mana.. :-)



Leave a Reply