Sekitar Seminar eBay Sifu Lan & Noorizam Shah

Alhamdulillah.. Saya selamat mengikuti seminar yang dianjurkan oleh Sifu Lan bersama Sifu Noorizam Shah pada hari Ahad lepas di De Palma Hotel, Shah Alam. Ternyata kombinasi 2 orang usahawan eBay terkenal ini menganjurkan seminar amat mantap sekali! Banyak teknik-teknik rahsia yang dikongsikan..rugi sapa tak pergi.. Hohoho..
Seminar kali ini turut dihadiri oleh otai-otai jemputan lain seperti Bro Matzis yang memang ramah mesra, Bro Shahraduan yang agak pendiam.. hehe, Bro Zakri yang sempoi, Bro Mansorsapari, Bro adwanigallery dan ramai lagi termasuk otai pendiam.. bro Richie.
Selain itu, ramai juga ahli forum dari forum tertutup Sifu Lan hadir dan dapatlah saya beramah mesra disamping berkongsi teknik dan ilmu ‘cari rezeki’ kat eBay. Saya juga dapat berjumpa dengan pembaca setia blog ini. Terima kasih Bro Cheklem.. Harap-harap lepas ni kita terus keep in touch untuk sama-sama jana wang besar!
Sesi sebelah pagi seminar di kendalikan oleh Sifu Noorizam Shah dengan pendedahan teknik mudah dan pantas untuk membuka akaun eBay. Beliau juga berkongsi panduan bagaimana untuk mengatasi masalah jika sekiranya akaun sentiasa di suspend oleh eBay! Memang cool.. Sesi sebelah pula diambil alih oleh Sifu Lan yang sememangnya hensem pada hari tu.. (tgk gmbr atas) hehehe.. pada sesi ini, Sifu Lan membuat pendedahan teknik membuat listing dan kajian produk dengan berkesan untuk menghasilkan keuntungan sehingga mencapai 5 angka sebulan! Hohoho..
Secara keseluruhannya, saya mendapat ilmu-ilmu baru di seminar ini dan perlu di aplikasikan segera. Terima kasih juga kepada Bro Matzis yang tak lokek berkongsi ilmu-ilmu beliau, Bro Zakri.. hang mmg best, lepas ni kena menuntut dgn hang lagi..
Kepada semua bekas peserta seminar, jom kita pakat aplikasikan teknik-teknik yang baru dipelajari segera sebelum ianya sejuk! Jumpa kat forum..
Sekian, Selamat BereBay!






tahniah nuwa, semoga apa yang anda pelajari didalam seminar ebay tersebut dipraktikan sehingga anda berjaya mencapai income 5 angka. peserta seminar ebay kali ini memang beruntung kerana dapat beramah mesra dengan otai-otai ebay.
Terima Kasih Bro Matzis. InsyaAllah, ilmu2 yg dipelajari akan dipraktikkan utk hasilkan 5 angka income sebulan! Semoga otai-otai yg sudi berkongsi ilmu juga dimurahkan rezeki..
Sebenarnya Sifu Lan diserang sakit mata pada hari seminar tu..Kesian Sifu, tu pasal beliau terpaksa memakai glases utk mengelakkan peserta dijangkiti pula.. Apapun, semoga Sifu cepat sembuh! Amin…
Hohohohoo…mmg byk ilmu yg dapat dituntut dan di pelajari dr seminar nie…rugi ooo sape yg tak pegi… ssh nk dpt berkumpul bersama otai2…hehehhe
Geng utara get ready ngan seminar seterusnya dr sifulan…jgn pikir panjang…grabbbbb…heehhehehe
p/s: alamak…kena wat PC dulu la before seminar dtg kat utara…ekekekekeke
Fuh cayalah bro.. aku lupa lak nak ambik gambar ngan Noorizam masa PC dulu.. kalu tidak boleh gak aku paparkan di blog aku.. takpe nnt kita curi masa dia belanja makan seafood sambil update progress kita ngan mentor kita nie hehe..
teknik2 tu mana boleh sejuk bro.. ianya memang sentiasa ‘panas’ cuma orang jer yang sejukkan hehe..
hot item!!!
sihat dan berisi jugak tuan tanah nih.. ha..ha..hah
aku blom pegi mana2 seminar lagi. blom tergerak hati. maybe akhir tahun 2010.. insyaallah
Terlebih makan, terlebih minum.. badan ternaik la pulak bro ahfizfazi.. Jangan tunggu lama2 bro.. apapun, aku nk belajar biz kat lelong pulak ngan ko..
Hohohoho..tunggu seminar aku plak..harharhar
Tks kepada Sifu-Lan, Noorizam Shah. Syukur saya dapat menghadirinya. Tks juga kpd Bro Nuwa kerana kita sempat berjumpa dan juga sebut nama saya tadi. Hari tu agak penat dan berat kepala maklumlah banyak ilmu2 ebay baru. Banyak benda yang belum tahu atau belum cuba spt. dropshipping, turbo lister, store US, template utk item description, link2 , banner dsb. Walaupun saya dah hampir 8 ke 9 bulan tapi semuanya kat ebay malaysia. Dengan menghadiri seminar ini lebih berkeyakinan untuk memasuki pasaran lain terutamany ebay.com
Jumpa lagi.
@cheklem - Pelan-pelan kayuh..mmg tips2 hari tu agak teknikal sikit.. boleh tanya saya klu bro kurang faham..
boleh emel saya, untuk saya dapatkan testimonial dari anda.
Tq bro noorizam.. Testimoni aku dh terpapar kt blog bro.. pakat2 baca..
All people are willing to reach a doctoral degree, but what is the right way to have that? We should advice to search for the dissertation service to purchase the thesis title about this post at. I tried that and got the highest degree.