adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Home » Seminar »

Seminar eBay Sifu Lan

ebay_seminar1

Buat pertama kalinya Sifu Lan akan mengadakan seminar pertama beliau pada pertengahan bulan nie.  Saya sebenarnya memang dah lama menanti peluang ini sejak berjinak dalam dunia perniagaan eBay nie. Maklum laa.. selama ni hanya berguru secara online sahaja, so inilah peluang yang pastinya tidak akan saya lepaskan untuk menimba lebih banyak ilmu dalam perniagaan eBay dari Sifu Lan, salah seorang usahawan eBay yang saya kagumi.

Kalau anda peka kepada senario perniagaan internet di Malaysia sekarang, pelbagai jenis seminar sedang hangat dianjurkan sekarang dengan pelbagai niche perniagaan yang berbeza-beza. Bak cendawan tumbuh selepas kena racun hujan, Usahawan-usahawan internet Malaysia kini mungkin sudah mula bermurah hati untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka menjana wang besar di internet kot. So, inilah peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet menimba ilmu dari mereka..

Oppss.. mungkin caj yang dikenakan agak tinggi berbanding jika anda hanya membeli ebook atau panduan dari mereka, namun ilmu atau teknik yang bakal dikongsikan sebenarnya tidak mereka tulis dalam panduan yang telah mereka buat. Percakapan dan penulisan memang berbeza! Inilah pengalaman saya kerana sejak berkecimpung dalam perniagaan internet sejak tahun 2006, pelbagai jenis seminar perniagaan internet telah saya ikuti..

Selain itu, seminar membolehkan kita berinteraksi secara langsung dengan usahawan terbabit. Pelbagai soalan yang hadir dapat terus di tanya secara live. Kalau kita bernasib baik, mereka secara spontan akan membongkarkan rahsia besar mereka tanpa berlindung lagi. Yang penting, sentiasa berikan tumpuan dan perhatian semasa sesi seminar yang dijalankan… Hohoho..

Seminar Sifu Lan kali ini akan turut dihadiri oleh otai-otai eBay lain seperti bro MatZis, Masdino, Shahraduan dan ramai lagi otai eBay. Apa yang bestnya, peluang ini dapat digunakan untuk berinteraksi secara langsung dengan meraka sambil-sambil mencuri ilmu perniagaan mereka. Sambil-sambil minum tu, rasuah jer mereka nanti! :-)

Secara keseluruhannya, bagi saya ilmu yang dicari tidak akan habis sampai bila-bila. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut, kita diwajibkan mencari ilmu kerana ilmu Allah itu sangat luas. Pilihlah guru yang anda rasa dapat membimbing anda walaupun telah berkali anda tersalah memilih guru. So, sesiapa yang berminat untuk hadiri seminar kali ini, berikut adalah maklumatnya :

MAKLUMAT SEMINAR

Tempat: De Palma Hotel, Shah Alam

Tarikh: 19 April 2009 (Ahad)

Masa: Dari 9:30 pagi - 4:30 petang

Speaker: Sifu LAN & Noorizam Shah

Bayaran: RM760 RM380 sahaja

Kouta: TEMPAT TERHAD, DAFTAR PADA HARI INI

PENYERTAAN DITUTUP PADA 12 April 2009.

Jumpa disana, boleh kita borak panjang sambil sembang-sembang pasal eBay. :-)

Related Posts with Thumbnails
Tags : ,

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


11 Responses to “Seminar eBay Sifu Lan”


  1. msarbin says:

    tak sempat kumpul duit ler nampaknya.

  2. shahraduan says:

    Aku nak pakai topeng lah kat sana nanti..hekhekhek

  3. alkisah says:

    hehe..kenapa cik shah, takut org kenal ke..tu lah mslhnya bila dah glemer..yg pakai topeng hari tu sdh pastilah shahraduan..kecuali bandi amuk join sekali..

  4. Sifu LAN says:

    Huhuhu.. thanks bro sbb berkongsi.. update terbaru. Akuazman pun datang.. klu rajin baca forum tertutup mesti kenal dia nie.. antara yang 1st berjaya guna teknik saya. Seorang Dr. dari seremban.. kewwll..

  5. samdaddycool says:

    cool .. top Malaysian ebayer datang berkampung. Mesti gempak nih!

  6. nuwa says:

    Msarbin - Saya pun cairkan duit dari Paypal utk attend seminar nie.. :-)

    Bro Shah! aku pasti akan merasuah ko utk jadik mcm ko! Haha

    Ramai betul otai2 dtg, mmg aura seminar ni kuat! Tahniah Sifu Lan!

    :-)

  7. makin mantap si Lan nampak….bukak seminar sendiri…makin multiple income tu…..:D

  8. matzis says:

    salam nuwa, macam ada nama bro seminar kali ni…hehehe..bro akan datang jumpa korang. sifulan buat seminar ebay semestinya bro akan support…member kena sokong ni..wakakakaka!!

  9. nuwa says:

    Salam Bro Matzis..boleh ler kita pergi sekali..rumah dekat jer.. :-)

  10. cheklem says:

    Salam

    Insyaallah saya akan hadir juga untuk menambah ilmu ebay. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Kpd Bro Nuwa, tks di atas jawapan pasal stor tu ya.

  11. Krista35PA says:

    Students opine that the biography term paper composing seems to be the really time taking issue. But, we count on the custom writing service assistance every time when it’s needed.



Leave a Reply