adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Awasi Akaun eBay anda dari di Ceroboh!

Seperti biasa, saya akan selalu memeriksa akaun-akaun eBay saya bagi memantau jualan atau pun membuat listing. Saya agak terkejut kerana main akaun saya tidak dapat di akses, error yang keluar ialah saya memasukkan kata laluan yang salah walhal itulah satu-satunya kata laluan utk main akaun eBay saya sejak sekian lama. Saya terus memeriksa emel dan ada Alert yang dihantar oleh eBay menyatakan bahawa akaun saya telah di cerobohi oleh pihak ketiga! So, pihak eBay telah lock akaun saya dengan menukar password saya dan juga telah ‘disable’ kan direct bill payment melalui kad debit saya. Huh, rupanya ada juga penyangak cyber yang berani menceroboh akaun eBay ni! Penyangak tersebut telah membuat cubaan untuk menghalakan bayaran yang dibuat melalui debit kad saya kepada eBay untuk terus masuk kepada akaun beliau! Beliau juga telah membuat beberapa listing! Huh, memang hebat betul mamat nie.. Nasib baik la eBay lebih terer dari beliau..kalau tak..habislah semua duit dalam debit kad saya! Huhuhu…

Saya terus menghubungi pihak eBay melalui ‘Live Help’ untuk mengenalpasti bagaimanakah pencerobohan ini berlaku. Respon yang diterima dari ‘Live Help’ ni memang cepat kerana kita boleh tanya soalan secara direct melalui live chatting. Apa yang dimaklumkan dari Cutomer Services eBay, penyangak ini mengambil peluang menceroboh akaun saya ketika saya log-in ke akaun eBay saya melalui ‘Public Wireless’. Hmm…memang betul la kerana minggu lepas saya menggunakan Wifi Hotel selama seminggu ketika bertugas di Kuching, Sarawak. Hal ini memberi pengajaran kepada saya untuk sentiasa berhati-hati ketika menjalankan sebarang urusan perniagaan di eBay melalui public wireless ni. Kredit juga kepada eBay kerana mempunyai system yang mantap kerana dapat mengesan sebarang pencerobohan dengan cepat dan mengambil tindakan segera.

So, kepada anda yang menggunakan public wireless seperti kat hotel, coffee bean, universiti, kolej ataupun kat kedai mamak bagi menjalankan urusan perniagaan eBay anda, saya nasihatkan selalu mengambil langkah berjaga-jaga. Kita meniaga letih-letih, pening kepala jual barang..senang-senang jer para penyangak ni nak pow duit kita! So, hati-hati selalu walaupun eBay mempunyai sistem yang mantap, mana tahu mereka terlepas pandang lain kali..Sentiasa Clear Private Data, Clear Cookies setiap kali selepas Sign Out dari akaun eBay anda jika gunakan public wireless.

Sekian.

Selamat bereBay! :-)

Related Posts with Thumbnails
Tags : ,

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


2 Responses to “Awasi Akaun eBay anda dari di Ceroboh!”


  1. cheklem says:

    Tks bro. Maklumat ni sangat berguna kepada ebayer2 lain.

  2. nuwa says:

    Yaa..jgn biarkan wang anda di songlap! :-)



Leave a Reply