Buat Kajian di Terapeak

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
TERAPEAK.. Pasti ramai yang telah tahu kelebihannya, terutama bagi anda yang telah lama dalam perniagaan di eBay. Bagi newbie yang masih baru pula, saya ingin perkenalkan kepada anda tool yang boleh dikatakan sangat berkesan untuk mengkaji permintaan atau demand produk-produk hot di eBay.
Seperti yang telah anda sedia maklum, berniaga di eBay memerlukan masa untuk anda membuat kajian harga, produk, waktu senaraian dan pelbagai lagi maklumat sebelum membuat jualan sesuatu produk. Jika kajian tidak dijalankan terlebih dahulu, berkemungkinan menyebabkan sesuatu produk gagal dijual di eBay. Ini kerana pasaran eBay sangat luas dan mempunyai jutaan seller bagi sesuatu produk yang sama. Jadi, jangan syok sendiri yang produk dan harga anda adalah yang terbaik! Hohoho
Saya telah menggunakan perkhidmatan dari Terapeak sejak memulakan perniagaan di eBay, Terapeak telah banyak membantu saya membekalkan banyak data sebagai panduan kepada saya berniaga di eBay. Terapeak bagi saya adalah satu tool yang bagus, anda boleh research produk, seller dan pelbagai maklumat berguna sebagai seller di eBay sehingga boleh membantu anda mencipta produk sendiri di eBay!
Bagi anda yang berminat menggunakan perkhidmatan Terapeak, boleh mencuba secara percuma di sini. Anda akan dibawa ke page seperti di bawah :

Taipkan produk keyword yang ingin kaji di ruangan Product Keyword. Paparan data produk akan dikeluarkan secara terperinci kepada anda. Namun data yang dibekalkan adalah terhad kerana ini adalah Terapeak FREE research tetapi amat memadai untuk para newbie di eBay membuat kajian. Sebenarnya Terapeak menyediakan data terperinci secara keseluruhan apabila anda melanggan perkhidmatan mereka iaitu sebanyak $49.99 sebulan. Ianya amat berbaloi walaupun nampak macam mahal..
Selamat mencuba & Selamat BereBay!
p/s : Terapeak Research with Full Function selama 30 hari untuk peserta PC saya!






salam selamat hari raya..
waa tak cukup ongkos lagilaa nak terapik bayar nii
mana nak bayar ebay,tenet bil lagi..
Selamat Hari Raya bro..
Slow2 bro.. FREE nyer pun ok apa.. hehe
Bro Nuwa, sekarang bro guna terapeak berbayar la eh ?
Yup omecool20.. saya gunakan terapek berbyr..
saya dah try guna terapeak, tp tak faham apa yag nak ditgk..boleh saudara tolong bgtau sikit??
saya ada satu ebay tool, namanya hammertap. Free no charge. Full version. Buat kajian mcm terapeak. Berminat email pd saya mazriniey@gmail.com