adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Home » Tips eBay »

DHGATE : Lubuk Produk Fizikal eBay

picture-21

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi satu sumber untuk anda mendapatkan produk yang mendapat permintaan di pasaran. Samada anda seorang pemilik perniagaan offline ataupun usahawan yang menjalankan perniagaan di dunia maya, sumber produk ini mungkin boleh memberi idea dan sokongan kepada sumber produk sedia ada anda.

Sumber produk yang saya maksudkan adalah di www.DHGate.com. Laman web yang berpangkalan di China ini menawarkan kepelbagaian produk yang boleh diniagakan samada secara offline ataupun secara online. Secata jujurnya, saya telah menggunakan web ini sejak setahun setengah lalu sebagai sumber produk untuk saya niagakan kembali di eBay. Memang tidak dinafikan, keuntungan hasil jualan kembali dari DHGate.com amat memberangsangkan. Ini kerana, anda boleh memperolehi kepelbagaian produk yang mempunyai permintaan tinggi di eBay. Cuma rajin buat kajian sahaja! Hohoho.

Antara kelebihan DHGate.com ialah mereka menggunakan sistem pembayaran Escrow Pay. Apa itu Escrow Pay? Escrow Pay ialah satu kaedah pembayaran dimana pihak penyedia platform jual beli (dalam kes ni DHGate.com) akan holdkan duit yang dibayar oleh pembeli didalam akaun mereka terlebih dahulu. Selepas pembeli menerima barangan yang dibeli dan memberi maklumbalas positif kepada DHGate, baru pihak DHGate akan releasekan tersebut ke akaun penjual. Kaedah pembayaran ini sebenarnya memberi keyakinan kepada saya untuk membuat belian produk dari laman web ini.

Di DHGate.com, terdapat ramai seller yang menjual pelbagai jenis barangan. Anda perlu bijak deal dengan penjual-penjual di sini kerana mereka sebenarnya amat ‘mesra’ dan senang berurusan. Cuma kadang kala penguasaan Bahasa Inggeris mereka yang agak kurang namun masih boleh difahami. Jika sekiranya anda berminat untuk membeli sesuatu produk dari seorang seller dan ingin membuat tawar menawar, anda boleh live chat atau menghantar emel kpd mereka. Jika persetujuan telah dicapai, pihak penjual akan create listing khas untuk anda dengan harga yang telah dipersetujui. Ini antara kelebihan lain berurusan di laman web ini!

Walaubagaimanapun, kelemahan yang saya lihat di DHGate ialah amat sukar untuk menemui penjual yang menjual produk dalam kuantiti yang sedikit. Jika ada pun, harganya agak tinggi. Kebanyakkan penjual di sini menjual produk secara borong iaitu berdasarkan lot dan setiap lot mempunyai harga yang berbeza berdasarkan kuantiti. Sebenarnya ianya amat berbaloi jika anda merupakan seorang usahawan kerana tujuan utama belian produk yang dibeli secara borong adalah untuk dijual semula, bukan untuk kegunaan sendiri. Berdasarkan pengalaman saya, tempoh penghantaran produk mengambil masa sekitar 10-14 hari dan anda akan dibekalkan dengan Tracking Number. Pihak DHGate akan memaklumkan sebarang transaksi yang berlaku melalui emel.

Selamat mengimport barang dari Negara China!

Sekian, Selamat Ber eBay! :-)

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


4 Responses to “DHGATE : Lubuk Produk Fizikal eBay”


  1. FailyNoor says:

    Fuh..!!Satu lg pendedahan yg tersirat dr tuan tanah kpd pembaca setia blog ini..semoga pengkongsian ini menjadi secebis ideal untuk kita bersama berjuang terus menerokai dunia keusahawanan..terima kasih daun keladi kpd sahabatku anuarmarzuki.com..Jasamu mencurah’n ilmu disini teramatlah dihargai…: )..

  2. The loan are useful for people, which would like to start their own career. By the way, it is not very hard to get a commercial loan.

  3. idris says:

    saya rajin juga research di dhgate.com.
    tp saya ingin tahu bagaimana pulak duit penghantaraan dan duit cukai?adakah ia termasuk dlm kos penghantaran.dan jika kita ingin membeli brg eloktrik semestinya kena cop sirim?

  4. ijamidayu says:

    Idris~ Kalo brg beli kat sana… elektronik.. memang xder cop sirim..

    So.. kenalah juai kat eBay.. Huehueh @ Lelong @ mudah.. :)

    Okies? Selalu brg elektronik kalo sedikit boleh lepas.. Kalo bnyk @ bulk.> Ada payah ler..



Leave a Reply