Tak Ada Produk Untuk Berniaga di eBay?
Anda berminat untuk berniaga di eBay?..Tapi… Pening memikirkan produk apa yang hendak dijual? Anda juga mesti memikirkan tentang modal juga modal bukan? Tahukah anda terdapat satu model perniagaan internet yang boleh dipraktikkan di eBay TANPA MODAL dan hanya memerlukan anda melakukan sedikit kerja sahaja. Tapi menjanjikan keuntungan yang berlipat kali ganda!
DROPSHIP.. Itulah model perniagaan internet yang boleh diaplikasikan dalam membina perniagaan di eBay tanpa sebarang modal awal. Melalui model perniagaan ini, anda hanya perlu mencari syarikat yang menawarkan produk-produk yang menjadi pilihan anda untuk anda berniaga di eBay. Setelah membuat perjanjian dengan mereka, anda terus sahaja membuat senaraian (listing) produk syarikat tersebut di eBay. Anda juga perlu mendapatkan gambar serta spesifikasi produk dari mereka dan pastikan gambar yang diperolehi jelas. Berikut adalah gambaran kaedah perniagaan DROPSHIP di eBay :

Setelah produk tersebut dibida & pembayaran telah dilakukan oleh pelanggan anda, anda perlu memesan produk tersebut kepada syarikat tadi. Berikan maklumat pembeli produk tersebut seperti nama & alamat mereka untuk membolehkan syarikat menghantar terus produk tersebut kepada pelanggan anda. Anda juga mempunyai kelebihan melalui kaedah dropship ini kerana nama anda atau nama company (jika anda berniaga atas nama company) akan terpapar pada bungkusan produk tersebut. Jadi, seolah-olah anda yang memproses & menghantar produk tersebut walhal yang buat semua kerja ialah syarikat tadi! Hohohoho..
Dari segi harga produk pula, sudah tentu anda memperolehi harga sebagai dealer dari syarikat tadi kerana telah membuat perjanjian dengan mereka. Hanya mark-up harga produk tersebut di eBay dan kaut keuntungan sebanyak mana yang anda mahu!
Walaubagaimanapun, berhati-hati dalam proses pemilihan syarikat yang menawarkan konsep perniagaan dropship di internet. Jika anda bertanya kepada Uncle G, beliau akan senaraikan berjuta-juta syarikat yang menawarkan konsep perniagaan dropship ini. Ada yang betul-betul berniaga dan tak kurang juga merupakan Scammer! Jadi, buat analisis terhadap syarikat tersebut melalui forum-forum atau melalui laman web www.salehoo.com. Sedikit tips menceburi perniagaan eBay dropship ini :
1. Pilih produk yang betul-betul hangat di eBay!
2. Pilih pembekal/syarikat yang ada reputasi atau kukuh
3. Pastikan produk sentiasa ada dalam stok syarikat. Jika bayaran telah dilakukan tetapi stok produk telah tiada, anda perlu memulangkan kembali bayaran kepada pembeli.. Anda akan kerugiaan nanti..
4. Pastikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut berkualiti tinggi dan bukan barang tiruan!
Jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan dropship ini, saya menyarankan anda membeli panduan dari Sifu-Lan. Pembelian dari link saya akan dapat hadiah istimewa! Hanya klik banner di bawah :
Sekian, selamat berniaga!







tq bro..tips yg amat berguna. Tinggal nak kena cari dropshipper saja.
info yg memang power..
bagi newbies.. hehe
dr.khalifah
BAKAL MENDAHULUI ANDA
Inilah konsep perniagaan yg saya rasa mampu untuk kita melangkah kaki dalam perniagaan internet dengan segera!
aku dah beli buku ni..dan dah membuah hasil.
Tks bro. Saya dah mula berniaga kat ebay sejak Jun’08 tapi kat Malaysia aja (used book, poskad, dsb). Ramai juga ebayer Malaysia beli kat saya terutamanya untuk mendapatkan rating. Saya tak pernah cuba dropshipment oversea ni. Kalau nak buat adakah elok dilist bersama listing sedia ada kat ebay.com.my atau baik buka ID lain?
Maaf ya, saya belum ada website, jadi saya letakkan website alpha lipid.
Niche yg bagus tu..mmg ramai peniaga2 baru di ebay akan beli brg2 yg harganya agak rendah di ebay Malaysia utk bina reputasi mereka. Sebenarnya dgn hanya satu akaun ebay, kita dh boleh utk membeli atau menjual di ebay seluruh dunia. Kalau nk buat listing kat usa, just bukak ebay usa (www.ebay.com). Namun, kalau taknak kacau akaun ebay sedia ada yg dah cantik…baik jer bukak akaun ebay baru sebagai percubaan..pasal berniaga kt oversea ni lain kerenahnya.. :-). Lain ebay, lain rentaknya..
Tahniah Bro dins..mmg ebook ni power..
Cayalah bro langkah demi langkah… jgn lupa nnt pekena teh hehe..
No Prob bro…
Tks bro Nuwa kerana jawapan tersebut. Saya hargainya.
erm bro..sy dah ada akaun ebay..tp nk wat stu lg mcm bro ckp…tp mcm mn nk bka akaun tu?
setiap individu blh ada lbh dr 1 akaun ke?
bro nuwa, tumpang iklan skit huhu.
list ebayer yang jual barang2 murah untuk cari rating+feedback
http://gerai1ringgit.blogspot.com
bro nuwa, cemane nak bkk akaun eBay dan PayPal yg baru tnpa dikesan/ trace oleh pakcik eBay n PayPal ni? saya takut kne suspen la…
Some time before, I really needed to buy a building for my business but I didn’t have enough money and couldn’t order anything. Thank God my father proposed to try to take the loan from creditors. Thus, I did so and was satisfied with my bank loan.
Pelbagai tips di sini tetapi masih kabur. Mungkin setelah dapat tunjuk ajar secara praktikal baru menjadi kot?