adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

eBay Pulse - Kajian Produk Hangat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

ebay-help-logoAnda pernah dengar eBay Pulse? Bagi kalangan usahawan eBay, eBay Pulse mungkin merupakan antara tool utama dalam perniagaandi eBay. Namun, bagi mereka yang belum pernah dengar, eBay Pulse boleh dikatakan sebagai salah satu tool atau senjata untuk membuat kajian produk yang hangat di perdagangkan di eBay.

eBay Pulse merupakan laman web milik eBay yang dikhususkan kepada pembeli dan juga kepada para penjual untuk melihat dan memantau produk atau barangan yang hangat di jual di laman web eBay.  Apa yang menariknya, eBay Pulse menyediakan data secara percuma untuk kajian para penjual berbanding laman web Terapeak yang mengenakan caj bulanan.  Namun begitu, jangan menganggap data yang dibekalkan tidak berkualiti. Maklum laa.. FREE.. Ianya amat bagus sebagai tapak kajian bagi mereka yang baru memulakan perniagaan di eBay kerana dapat meminimumkan kos awal perniagaan.

Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah untuk memahami dan menggunakan tool ini setakat apa yang telah saya cuba jaya… :-D

Untuk memulakan kajian. Sila pergi ke http://pulse.ebay.com. Anda akan dibawa ke laman seperti paparan di bawah :

ebaypulse11

Laman web utama eBay Pulse akan menyenaraikan produk yang paling banyak carian seperti yang anda dapat lihat bermula dari produk pertama hingga ke sepuluh. Sementara disebelah kanan pula, akan dipaparkan store terbesar di eBay yang mempunyai barangan yang mempunyai carian yang tinggi tersebut.  Maklumat yang dipaparkan disini sebenarnya adalah general dan kita perlu mengkaji dengan lebih lanjut untuk mengetahui niche jualan produk anda. Ini kerana, untuk menjual produk seperti yang dipaparkan di laman utama ini, anda akan bersaing dengan power seller yang telah lama bertapak di eBay dan sudah pastinya mereka menawarkan harga yang lebih murah dan amat sukar untuk kita menandingi mereka.

Seterusnya, sila skroll ke bawah dan klik  See more eBay Pulse Categories…

ebaypulse2

Disini, anda boleh memilih mana-mana kategori untuk membuat kajian. Sebagai contoh, saya memilih kategori Clothing, Shoes & Accessories - Men’s Accessories - Belt Buckles untuk membuat kajian niche belt buckle. Paparan berikutnya akan dipaparkan senarai carian popular terkini berkaitan Belt Buckle atau dalam bahasa melayunya kepala tali pinggang. Disini, anda sudah boleh memulakan kajian dengan klik diatas senarai produk popular tersebut. Anda seterusnya akan dibawa ke laman web eBay dan disitu anda akan memperolehi idea Belt Buckle berciri apakah yang sedang hangat di cari oleh pembeli masakini. Anda juga boleh melihat store-store besar yang menjual belt buckle dan sudah pastinya anda anda akan mendapat sekilas idea.. Hohoho.

ebaypulse3

Selain itu, hasil Popular Searches yang keluar bermula dari belt buckle sehingga gucci anda sebenarnya boleh letakkan sebagai keyword di tajuk jualan produk anda dan ini memungkinkan produk anda mendapat tempat di engine carian eBay kerana mempunyai keyword yang mempunyai carian yang tinggi.

Teruskan kajian anda dan saya amat pasti anda akan berjumpa dengan produk yang boleh anda menjana keuntungan di eBay. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Dropship jika produk tersebut hangat dan hangat! Hohoho.

Sekian, Selamat ber eBay!

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


3 Responses to “eBay Pulse - Kajian Produk Hangat”


  1. alkisah says:

    Info yang berinformasi.. Boleh ler try godek2 ebay pulse pulak lepas nie.. Tq bro

  2. niely says:

    Bagus……………bagus. aku pun nak trylah. TQ



Leave a Reply