Jangan Takut dengan eBay!
eBay merupakan satu laman web lelongan terbuka kepada sesiapa sahaja untuk membuat urusan jual beli secara online. Ianya dibuka selama 24 jam selama 365 hari dalam setahun. Setiap masa, hampir 1 billion transaksi berlaku di eBay dengan menawarkan pelbagai jenis barangan untuk dibeli secara online atau dijual oleh penjual yang berdaftar dengan eBay. Namun, masih ramai yang masih tidak mahu mengambil peluang ini kerana pelbagai alasan.
Alasan? Pelbagai alasan jika kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara tersebut tetapi pelbagai usaha akan dibuat jika kita berminat untuk melakukannya. Antara alasan yang sering saya dengar ialah takut dengan pelbagai ‘fee’ atau yuran yang dikenakan oleh eBay. Memang saya tidak nafikan, jika anda sudah bergelar sebagai seorang seller di eBay, pasti anda akan terasa beban dengan fee yang dikenakan oleh pihak ebay. Namun, cuba anda bandingkan jika anda berniaga di dunia nyata dengan berniaga di eBay. Kadar fee atau sewa tapak di eBay jauh lebih rendah berbanding anda berniaga di lot-lot kedai dengan sewa bulanan yang lebih tinggi dan hanya tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja. Perlu diingat, berniaga di eBay bukan hanya berniaga di Kuala Lumpur, tetapi di seluruh dunia! Bagi saya, fee yang dikenakan adalah amat berbaloi untuk perniagaan mutinasional yang sedang saya jalankan di eBay.
Bagi anda yang masih belum bermula sebagai penjual di eBay, saya kongsikan beberapa ‘fee’ atau yuran asas yang dikenakan jika anda mula membuat jualan di laman web ebay. Antara fee tersebut adalah :
1. Listing Fee
Fee permulaan yang dikenakan selepas anda membuat senaraian barang untuk dijual di eBay. Kadar fee ini bergantung kepada harga permulaan bidaan produk jualan anda. Walaubagaimanapun, terdapat laman-laman web yang menawarkan free listing seperti eBay Malaysia.
2. Final Value Fee
Fee ini dikenakan oleh pihak eBay jika sekiranya produk anda terjual. Kebiasaanya, pihak eBay akan mengenakan caj berdasarkan kepada peratusan harga jualan terakhir produk anda.
3. Paypal Fee
Fee inilah saya saya rasa amat menyedihkan sekali. Huhu. Ini kerana pihak Paypal akan mengenakan caj berdasarkan peratusan kepada jumlah bayaran yang diterima dari pelanggan. Memang tidak adil!
Terdapat pelbagai lagi fee selain diatas yang dikenakan oleh eBay. Namun, ianya tidak akan menjadi beban kepada anda jika sekiranya anda menjalankan strategi perniagaan yang berkesan. eBay sebenarnya amat bertolak ansur dalam pembayaran fee ini, mereka akan menghantar invois pada setiap akhir bulan dan memberi peringatan tanpa menggantung akaun anda jika anda lambat membayar fee tersebut. Tapi jika anda enggan membuat bayaran, secara zalimnya mereka akan menggantung terus akaun anda!
Tips yang selalu saya amalkan untuk mengelakkan bil saya tertunggak ialah dengan membayar fee eBay setiap hari. Walaupun $1.00, saya tetap akan terus membayar selepas membuat listing! Hohoho
Sekian, Selamat BereBay!






Tips yg menarik..satu lg fee yg dikenakan ialah fee store..nmn demikian agak murah jk nak banding ngan sewa lot kedai kat esco tu..x caya try anda sewa sebulan kat tesco berapa kena caj..banding ngan kat ebay ni..
hehe. menarik. Fee memang sakit kalau bayar lepas longgok sebulan. Bayar je hari2..:)
Hohohoho..aku punya fee boleh bayar muka wira seketul pasal aku sewa kedai mcm tesco punya tapak.
Kalau u all buat listing secara berhemah sudah tentu dpt jimatkan kos fee..
Kalau u all jual brg tak melebihi usd10.00 boleh jimatkan paypal fee sebanyak 50%….
*PS…Nantikan seminar ebay aku plak lepas ni…gerenti byk info dan ilmu korang boleh dapat dan boleh bawa ilmu ini untuk anak cucu nanti…ada ilmu korang boleh buat duit kat mana2 saje..
huhu.. ada orang takut ngan ebay ker bro? aku lebih takut kalu ebay tak bagi berniaga bro..
Takut tak laku. hehe
ye betul….kite x perlu takut untuk berniage di ebay….sekarang ni sedang balajar2…dulu 1st try mase tahun 2006 x berjaye…skang ade nye otai2.insyallah ade hasil….:D
REGARDS,
-Muzri a.k.a Muyie -
Kamrie Corporation
+6012-6656874
add me @
YM:- nameless_oilux
Skype : kamriecorp
ada satu lagi fee yang tak disebut. fee kompeni dropshipper kalau korang wat dropshipping. kalu tak wat dropshipping, kos shipping kena kira gak. kalau nak fee lagi, bil elektrik dan streamyx pun kena kira gak.. ha..ha..hah banyak2!
ha betul tu byk fee..tu kat kira customer mintak refund brg tak smpi sebulan,blum kira fee customer tak byr hehe…aku dh kena dekat RM1,500 gak fee customer tak byr…mmg bleh claim tp ambik masa la….
Alamak..aku baru balik dr mukah, sarawak..xonline 3 hari..sodih2..
@alkisah - betul tu bro..fee store mmg sgt2 berbaloi..sekitar $0.03 sen jer sebulan! banding nk sewa kt tesco..mau 5k sebulan! huhu
@zawzal - byr jer hari2 bro.. xskt kepala..
@Bro Shahraduan - xsbr aku nk join ngak seminar ko bro…hehe
@Elyas@Dhiaqis - harap2 eBay x banned rakyat msia bro… kalau dia banned.. kering air mata la nangis..mau aku pindah duk usa! haha
@FREE Rahsia Jutawan CBC - slow2 bro..ko lagi masyukk.. buat bisnes ceramik yg tengah molotup skrg!
@ahfizfazi - Yup bro..klu buat bisnes kt eBay pakai dropship..mesti nk kena spend duit byr monthly fee company dropship tu… tambah lagi fee! Huhu
@peminatjutawan - dugaan tu bro.. hehe
kalau takut, jangan main ebayla. hehe..
klu x mo byr fee tiap2 bulan join la emall network sdn bhd,salah satu perniagaan online shopping sma cam ebay..sebijik sme sbb dlm 2 jugak ade disediakan ruang iklan utk kita mengiklankn produk kita…just byr rm549 SEUMUR HIDUP as pendaftaran dan mula berniaga..pastu pendapatan u deal la sendiri ngan costumers.yg penting,mmg x de peratusan potongan dr hasil kita…klu jual rm100,rm100 la kita dapat…sory klu tersilap forum,just nak tolong kasi cadangan.
takut pd kegagalan ada pd semua org tp kita kna juga hadapinya. Anyway slmt maju jaya kpd semua…
ada satu g kompeni yang akan mengalahkan ebay iaitu emallnetwork.com… x bayak yg perlu dibayar..lagi menguntungkan… jika nak tahu lebih lanjut just kol me.. 0133265776
Mcm kompeni dr msia jer bro.. setanding dgn ebay ker nie?
hahaha…pada nuwa,memang EMALLNETWORK.COM ni company dari MALAYSIA pon..but,DOT COM BRO..!!!visitor 50% from mlysia,50% from other country..tapi kami upgrade and be more best then ebay..why???just open emallnetwork.com..kami xdek aper2 caj sekali pon include delivering!!korg yg letakkan kos dlvry and customer bayar..dan emall ni under MSC(goverment la..)and keahlian hanya sekali seumur hidup and kami ade due care dapatkan income..FIRST ONLINE SHOPPING MALL AND second…face to face dulula senaNg citer!panjang sangat..huhuhu.0145116439-IDA
[KENAPA?????????TAK PERCAYA?????????]
Koyal betul olyida nih..kalau pun best sangat emall tu jgn la berlagak yg emall tu lbh dr ebay..kau pernah guna ke sistem ebay nih? emall ni brp juta dah members dia? brp thn dah ada didunia ni? nak berlagak pun pada2 la..biar bertapak ok dulu, org dah kenal, dah femes seluruh dunia baru la ckp yg korang ni best tak hingat. lagipun gua tgk yg korang ni guna matawang malaysia jer..xtahulah plaks kot2 kalau orang german buka mall korang ni ianya akan konvert ke matawang german. Gua akui usaha lu orang murni utk buka mall sendiri tapi jgn la baru nk bertatih dah pandai nak sepak orang tua. Lagipun sistem ebay ni bg gua dah superb punya sistem dan diakui seluruh dunia kini. David beckham pun guna ebay jual kereta dia.
Kepada ida, belajarlah berenang dulu yer sebelum merentas lautan dalam. bagi glemer dulu baru blh ckp yg korang tu no.1 . Tu pndpt gua, pd orang lain gua tak tahu la..tapi bila gua cek dlm bizinfo web kau bernilai: Emallnetwork.com Valuation RM 26,132.9 jer..ebay dah berbillion dolar..apa cer ni cik kak????
hehehe..nmpk mcm panas jer tu..tp betul jugak ek..gua dh view dah pun. emall msh baru lagi. Mgkn 10 thn lagi blh lawan ebay kot. Ebay pun bukan calang2 jugak tuh..tapi baik korang call hamdan atau ida la tny sendiri diorang tuh..mgkn mrk tu ler pengasas emall ni..tp btl kata cik ahmad ” belajar berenang dulu baru blh redah lautan api sekalipun” takpun emall lwn je dulu mudah.my..diorang lagi free dan masuk top 10 jgk antara website paling bernilai kat malaysia nih..RM549 mahal maaa nak dftr..
macam monsun bizz jer..try cek ngan BNM tengok…
baca forum nih: http://www.topix.com/forum/world/brunei/TG1LR75RUB8UE1CNC
ntah la..benda baru