Import Barang Dari CHINA

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Seseorang penjual yang profesional perlu kreatif mencari dan merebut peluang bagi memaksimakan keuntungan. Tidak terkecuali bagi penjual di eBay, perlu bijak mencari barang yang mendapat permintaan yang tinggi di eBay.
Seperti yang kita sedia maklum, pemasaran produk di eBay amat luas dan sangat-sangat berpotensi untuk terjual. Oleh itu, kreativiti mendapatkan produk yang mendapat permintaan tinggi amat penting selain bijak menentukan sumber bagi mendapatkan produk tersebut. Salah satu lubuk untuk mendapatkan produk dengan harga yang murah ialah dengan IMPORT DARI CHINA.
Negara China kini lebih dikenali sebagai “Kilang kepada dunia” kerana anda boleh menjumpai barangan buatan negara China di hampir setiap negara di seluruh dunia. Komputer yang anda sedang gunakan untuk melayari internet pada masa ini juga besar kemungkinan mengandungi barangan buatan negara China. China kini sudah mengambil tempat pertama sebagai pusat kegiatan ekonomi dunia, dan kita sepatutnya bersedia merebutl peluang daripada perubahan ini.
Perubahan baru ekonomi di negara China seperti permulaan bursa saham negara China, peningkatan pelaburan luar ke negara China dan usaha berterusan daripada usahawan-usahawan mereka, membawa maksud yang ekonomi di negara China akan semakin berkembang dan meningkat dengan lebih pesat berbanding sebelum ini. Perbezaan paling besar di sini untuk anda dan usahawan lain di seluruh dunia adalah kini komunikasi dengan negara China sudah menjadi lebih mudah dan akan mempercepatkan hubungan perniagaan dua-hala dengan mereka.
Berikut merupakan di antara beberapa sebab utama mengapa anda perlu mengimport dari negara China:
Kos pembuatan yang murah:
Kilang-kilang di negara China menghasilkan pelbagai jenis produk dan pada kebiasaannya harganya adalah jauh lebih murah berbanding negara lain di dunia.
Polisi pintu terbuka negara China:
Pembekal dari negara China semakin menuju ke arah aktiviti mengeksport barangan mereka ke pasaran luar dan semakin meningkatkan aktiviti pemasaran kepada pelanggan luar negara.
Perkhidmatan Drop-shipping:
Ramai pembekal negara China yang memberikan perkhidmatan Drop-Shipping untuk pelanggan mereka. Ini merupakan BONUS kepada penjual di eBay sebenarnya! Hohoho
Saya sedang berkira-kira untuk membuat lawatan niaga ke China, mencari peluang dan produk berpotensi untuk dipasarkan. Namun begitu, jika tidak ke China sekalipun, kita tetap berpeluang untuk berurusan dengan mereka melalui laman-laman web syarikat pengeluar produk mereka. Salah satu laman web yang biasa saya gunakan untuk mencari produk-produk ialah www.DHGate.com. Saya amat selesa berurusan dengan mereka setakat ini. Anda boleh mencubanya.
Sekian, Selamat Ber eBay!





Terima kasih atas perkongsian saudara ni..Byk tips2 saudara yg saya ikuti samada melalui blog ni atau forum. Semoga Allah murahkan rezeki saudara.
Cuma nak tanya pendapat saudara anuar ttg pembekal dari China ni, mcmana nak memastikan yg supplier tu mmg betul membekalkan barangan bukan scammers?
@Najib-Kebanyakkan web pembekal dari China yang genuine mempunyai sistem yang agak baik spt sistem pemberian feedback kpd seller. So, dari sini kita dpt menilai samada seller tsb merupakan genuine seller atau tidak. Selain itu, tahap komunikasi yang pantas turut memberi petunjuk bahawa mereka merupakan seller yang ok dan bukan scammer..
Assalammualaikum…
saya tertarik dengan penyampaian maklumat yang saudara berikan.
sebenarnya saya tercari-cari barangan yang menarik dengan harga
yang murah untuk saya jual dikedai saya.
dah pelbagai laman web saya cuba cari, namun masih gagal.
So, boleh tak saudara perkenalkan dengan pembekal barangan
yang unik ini untuk jualan saya.
Sebagai contoh: bantal yang ada radio, jam tangan unik
pen beserta jam alarm dan sebagainya.
Saya amat berharap saudara dapat membantu saya dalam pencarian
barangan seperti ini.
Assalammualaikum…
Salam Saudara,
Saya cdgkan saudara mengimport terus barangan mengikut niche perniagaan saudara dari Negara China. Ini kerana barangan dari negara China lebih murah jika dibeli secara pukal.