KREATIF Dalam Perniagaan eBay

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Menjadi seorang yang KREATIF adalah amat diperlukan dalam perniagaan internet. Dalam perniagaan eBay, anda perlu kreatif untuk mencipta produk, kreatif untuk menjual produk, kreatif untuk memasarkan produk dan pelbagai kekreatifan lagi diperlukan. Kreatif amat diperluakn bagi memberi kelainan kepada produk yang di jual di eBay untuk bersaing dengan berjuta-juta penjual di eBay! Hohoho.. Mencabar tu..
Untuk mencipta kreatif, anda perlu rajin membuat kajian produk yang hangat setiap hari. Saya amat tertarik dengan seorang penjual dari Malaysia yang boleh saya katakan sangat kreatif kerana menjual buah-buahan tempatan di eBay. Beliau meraih pendapatan beribu USD sebulan hasil dari menjual durian, rambutan, belimbing, langsat, tembikai dan pelbagai lagi buah-buahan tempatan yang di eksport terus kepada pembeli di USA, UK, Japan & santero dunia! Huh.. Memang kreatif mamat nie dan telah mendapat title Power Seller.. jual produk lain dari orang lain! Store beliau pula dipenuhi dengan pelbagai jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran tempatan.. Macam pasar borong la pulak..
Jom Lawat Store Buah-buahan di eBay!
Seperti yang pernah saya katakan, eBay merupakan LUBUK EMAS yang sangat-sangat berharga. Amat rugi bagi sesiapa yang masih belum mengambil peluang ini. Anda hanya perlu memerah sedikit pemikiran anda untuk mencari produk-produk yang terdapat di sekitar tempat anda untuk di jual ke seluruh dunia. Apa yang pasti, anda hanya perlu Yakin & Tawakkal apabila bertindak. InsyaAllah, jualan pasti akan berlaku!
Namun begitu, tidak semua indah dalam perniagaan. Anda juga perlu Kreatif menangani permasalahan dan juga dalam membuat keputusan. Silap haribulan, boleh lingkup bisnes. So, gunakan kekreatifan untuk mengatasi sebarang masalah yang datang dan memikat hati pelanggan.
Tips Kreatif menjual di eBay :
Kreatif untuk memaparkan gambar produk anda. Gunakan perisian seperti Photoshop untuk menjadikan gambar anda lebih cantik sebelum di paparakn di eBay.
Kreatif dalam menulis description. Kreatif dalam menulis description salah satu elemen penting kejayaan penjualan produk di eBay. Anda perlu mahir mengolah ayat-power dalam English! Not Malay.. ![]()
Kreatif untuk mencipta produk hangat. Rajin membuat kajian produk seperti menggunakan Terapeak & eBay Pulse.
Kreatif dalam menjawab persoalan dari pembeli. Sentiasa memberikan layan 1st class kepada mereka kerana mereka.
Akhir kata, jangan jadikan tiada modal, tiada idea produk menghalang anda berniaga di eBay kerana saya menjana pendapatan yang konsisten setiap hari di eBay kini. Kelainan akan membuatkan anda mencipta kekayaan di eBay. Fikirkan cara kreatif untuk perniagaan eBay anda!
Sekian, Selamat ber eBay!






betul tu bro, camne bisnes skrg bro? kencang?
tip yang menarik bro..kena pikir kreatif untuk bersaing di dunia ebay ni..kena luaskan skop jualan dan tidak terlalu bergantung kepada produk2 yang tinggi saingan..jual sarang burung pun laku kat ebay ni..jual sarang burung tempua ke, sarang burung murai.com ke..hehe
@XploR - Biz biasa2 jer bro..
@alkisah - Wah..idea yg menarik tu bro! Nak jual ler.. haha
ada pembetulan skit la bro: seller tu bukan jual buah-buahan atau sayur-sayuran, tapi dia jual seeds atau biji benih buah/sayur
so taklah besar shipping cost dia
anyway, goog post n advice. benda2 camni kita juga buleh praktikkan kat mana2, kat lelong.com.my pon bole. mmg berkesan dan berbeza hasilnya. dulu aku pernah jual mp3 player kat lelong dgn harga yg tinggi skit dari pesaing aku. dgn menggunkan kreativiti yg aku ada, aku buat salesletter sendiri, gambar sendiri dan mmg terjual terlebih dahulu dari pesaing aku yg lagi rendah harganya dan produk yg sama..
Yup ahfizfazi.. Kreatif akan menjadikan kita lain dr yg lain..hoho
:)..aik.dah ada yang terfikir sarang burung tu rupanya…saya masih tgh cari fakta sarang burung tu..he he