Membina kredibiliti sebelum menjual di eBay

Anda pernah dengar jenama Panasonic? Pernah dengar jenama Pensonic? Jika anda diberi pilihan untuk membeli barang yang berjenama tersebut pada harga yang sama, saya pasti anda akan memilih produk yang berjenama Panasonic. Ini kerana, Panasonic telah berada lama dalam pasaran dan telah membina kredibiliti mereka yang tersendiri manakala Pensonic masih baru dalam pasaran dan masih berada di tahap beginner berbanding Panasonic. Begitu juga dengan peniaga di eBay, ada yang masih baru dan ada yang telah lama berniaga, bagi yang telah lama berniaga tentulah mereka lebih dikenali dan mempunyai ramai pembeli. Tidak hairanlah jika sekiranya apabila 2 peniaga baru dan lama menjual produk yang sama, produk peniaga lama akan terjual dahulu..sama kes mcm Panasonic juga, mereka dah membina kredibiliti yang positif! So, macam mana bagi peniaga baru nak bina kredibiliti sebelum menjadi penjual yang berjaya di eBay?
Sebelum menjual di eBay, saya sebenarnya telah menjadi seorang pembeli terlebih dahulu. Kenapa? Ini kerana saya ingin membina kredibiliti saya dengan mengumpul feedback positif dari para penjual. Saya telah membeli item-item yang murah di eBay Malaysia seperti setem, syiling lama dan juga majalah lama. Dengan cara ini, saya mula mengumpul feedback positif sebelum menjadi seorang peniaga di eBay USA. Just explore store-store eBay Malaysia yang jual majalah lama yang murah semahal RM10,ooo serendah RM1 dan terus buat bayaran, bila dah buat bayaran terus minta penjual bagi feedback positif.. Barang tak sampai lagi kemudian cerita.. :-). Yang penting, saya dah mengumpul maklumbalas positif dengan cepat! Dengan kata lain, beli feedback laa..namun berhati-hati, limitkan pembelian anda dalam sehari, jangan terlalu banyak, nanti eBay tahu tektik ni.. terus suspend akaun anda.. Hohoho
Pada kebiasaanya, bakal pembeli akan menilai para peniaga melalui maklumbalas yang diterima oleh seseorang penjual tersebut. Jumlah feedback yang diterima boleh dilihat disebelah username penjual. Sebagai contohnya -ali (678) dan abu(0). Ali telah mendapat sebanyak 678 feedback manakala Abu masih belum mendapat apa-apa lagi maklumbalas. Jika diklik pada jumlah maklumbalas tersebut, akan keluarlah kesemua maklumat maklumbalas yang diterima oleh Ali. So, kat sini bakal pembeli akan menilai Ali samaada Ali seorang peniaga yang bagus atau tidak. Ali berpotensi menjual produk-produk beliau jika beliau mendapat lebih dari 95% maklumbalas positif. :-). Bagaimana dengan Abu pula? Anda nilailah sendiri. Dalam kes saya pula, saya telah mempunyai banyak maklumbalas positif hasil dari belian saya tadi dan tidak mustahil pembeli akan membeli item saya. Jadi sebelum mula menjual, saya amat mengesyorkan anda untuk mengumpul feedback terlebih dahulu. Ini berdasarkan pengalaman saya dan hasil perkongsian dari rakan-rakan eBay yang lain.
Untuk terus meyakinkan para pembeli, teknik memperkenalkan diri melalui ‘About Me‘ juga amat bagus dipraktikkan. Hadiahkan sesuatu kepada bakal penjual seperti ebook percuma melaui ruangan ‘About Me‘ anda dan saya pasti bakal pembeli pasti akan menghargi kejujuran kita berniaga dan akan membawa mereka untuk membeli item-item yang kita listkan. It really working! Bagaimana untuk optimizekan penggunaan ‘About Me‘? Saya telah menghubungi seorang newbie pakar eBay Malaysia untuk mengcungkil rahsia ini. InsyaAllah akan saya kongsikan..
Sekian, selamat bereBay!





satu tips yg menarik..teknik menjual nama sebelum menjual produk.
Nama Panasonic dengan Pensonic lebih kurang sama je adakah dia cuba tiru stategi penjenamaan ni. boleh jadi juga tersilap beli pensonic sbb ingatkan panasonic.
Salam, membina krediabiliti adalah sangat penting untuk memberikan keyakinan kepada pembeli anda jika anda seorang penjual di ebay. Oklah mungkin tidak faham maksud saya…jika anda seorang penjual ubat kesihatan tetapi anda sendiri sebagai penjual tidak sihat malah mempunyai penyakit…adakah bakal pemebli ubat anda mahu membeli ubat anda?…mungkin anda sudah tahu jawapannya. Oleh itu membina krediabiliti itu sangat penting. Selamat berbisnes.
Betul tu bro.. Yang simple nyer kena buat pembeli PERCAYA kita sebagai penjual.. ada masalah pun tetap kena puaskan hati pelanggan..
tks bro. saya amat tertarik dengan ‘about me’. Insyaallah saya akan cuba sikit masa lagi.