Cialis onlinexanax onlineadderall onlineLevitraCialis

 Powered by Max Banner Ads 

Home » Tips eBay »

Menulis Description Membunuh!

Pembeli di eBay adalah merupakan pembeli yang sangat prihatin kepada produk yang ingin mereka beli. Mereka sangat ingin tahu  maklumat tentang sesuatu produk sebelum mereka membuat belian. Jika didunia nyata, kita boleh membelek atau meninjau keadaan sesuatu barang tersebut namun berbeza di internet, pembeli sekadar hanya boleh melihat gambar yang dipaparkan oleh penjual. Justeru itu, adalah menjadi satu kepentingan untuk kita menulis butiran sesuatu produk dengan lebih JELAS, TEPAT & MANTAP supaya produk yang di list terjual!

Descritpion di eBay umpama Surat Jualan atau “Sales Letter” produk anda. Lihat bagaimana penjual-penjual ebook seperti Sifu-Lan menulis ayat jualan ebook mengenai Rahsia Perniagaan eBay beliau. Dengan ayat power, beliau mampu menghasilkan jualan berlipat kali ganda sehari. Adalah amat penting bagi kita sebagai penjual di eBay mempunyai idea mencipta ayat-ayat power untuk menambat hati bakal pembeli.

eBay memberi 2 pilihan kepada para penjual untuk menulis ruangan Description iaitu samada anda boleh menulis di web eBay atau menampal kod HTML. Saya amat mengesyorkan anda untuk mengoptimakan penggunaan kod HTML untuk menghasilkan description yang lebih menarik. Anda hanya perlukan sedikit kemahiran menggunakan perisian Microsoft Front Page untuk mencipta surat jualan yang cantik dan berkesan. Selepas itu, copy kod HTML yang terhasil dan tampalkan sahaja di ruangan HTML web eBay.

Bagaimana untuk menulis Description atau Butiran produk supaya kita dapat membuat jualan? Pertamanya, kita hendaklah jujur kepada pembeli dengan menulis butiran sebenar keadaan produk yang ingin dijual. Jangan sesekali menipu tentang keadan produk tersebut. Ini penting untuk meningkatkan rating kita di eBay dan menjadikan pembeli yang telah membeli produk kita sebagai pembeli berulang. Mereka juga berpotensi membawa rakan-rakan lain untuk menjadi pembeli kita. Inilah kuasa kejujuran! :-)

Mulakan ayat Description anda seperti dengan ayat-ayat yang menunjukkan kehebatan produk anda supaya bakal pembeli meneruskan bacaan mereka. Ceritakan sedikit sebanyak tentang kelebihan produk berbanding dengan pesaing anda atau kelainan yang dimiliki oleh produk tersebut seperti sukar ditemui atau hanya boleh diperolehi dari anda sahaja. Pembeli akan lebih tertarik jika sekiranya anda meletakkan pelbagai sudut gambar produk yang dijual. Namun begitu, eBay akan mengenakan fee untuk gambar kedua dan seterusnya yang dipaparkan oleh anda, itulah sebabnya saya mengesyorkan untuk anda mengoptimakan penggunaan HTML kerana anda boleh memaparkan sebanyak mana gambar yang anda suka! Cuma uploadkan terlebih dahulu gambar-gambar tersebut di web seperti www.photobucket.com dan paparkan di ruangan description anda.

Seterusnya, berikan penjelasan tepat mengenai kaedah penghantaran, tempoh masa pemprosesan belian, tempoh masa penghantaran dan juga jaminan dari anda. Berdasarkan pengalaman, kebanyakkan pelanggan saya di USA menganggap produk akan terus di hantar kepada mereka apabila tamat tempoh bidaan atau apabila mereka selesai membuat bayaran. So, harus berhati-hati dengan terma dan syarat dan terma yang anda letakkan, jangan berikan janji manis jika anda tidak mampu tunaikannya terutamanya tempoh penghantaran, saya biasanya memanjangkan sedikit dari tempoh jangkaan sampai untuk selamatkan diri.. Jangan lupa juga juga untuk memberikan alamat emel anda untuk pembeli membuat pertanyaan lebih lanjut mengenai produk yang dijual.

Anda juga boleh menggunakan template-template percuma yang banyak terdapat diinternet untuk menjadikan description anda nampak lebih menarik. Just tanya Uncle G sahaja.. Jangan terkejut hanya dengan hanya mencipta Description yang menarik, ada pembeli yang ingin deal untuk membeli produk anda di luar dari eBay!

*Anda juga boleh menggunakan Persian Editor HTML percuma seperti NVU untuk mencipta description menarik!

Sekian, selamat ber eBay! :-)

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


5 Responses to “Menulis Description Membunuh!”


  1. matzis says:

    Cerita pasal description product di ebay, bro cadangankan supaya jangan buat terlalu pendek dan jangan pula terlalu panjang. Kenapa eks?..kalau terlalu pendek pembeli akan tertanya-tanya dan kalau terlalu panjang pula pembeli akan bosan membacanya. Biar sederhana takpe! dan yang paling penting ialah description yang nak ditulis biar 100% ikut gambar produk yang anda sedang listkan tersebut di ebay. Selamat mencuba!.

  2. nuwa says:

    Yup Bro.. Satu Tips BEST dr bro matzis!

  3. msarbin says:

    salam bro matzis and nuwa, boleh tak kongsikan elemen apa yang penting dimasukkan dalam description.

    bila kita masukkan benda2 tak penting nanti meleret dan pembeli jadi confuse dan bosan lalu tak jadi beli

  4. nuwa says:

    Salam msarbin. Kebiasaanya saya masukkan ciri2 produk, cara pembayaran, shipping time, refund policy dan ayat2 promote sikit supaya pembeli tertarik hati..Paling penting bg saya adalah gambar produk, make sure gambar tersebut jelas dan terang.. Dan jgn provo lebih2.. Yg penting kreativiti create ayat.. :-)

  5. DI DALAM GAMBAR YG KITA DA UPLOAD…SOMETIMES BRO AKAN TULIS KEISTIMEWAAN YG BUYER DAPAT…CTH: FREE SHIPPING KER….EDIT GUNA PHOTOSHOP….



Leave a Reply