Pembungkusan Produk
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Bagaimana cara pembungkusan produk anda kepada pelanggan? Saya amat pasti pelbagai cara digunakan oleh anda dan saya sendiri untuk memastikan produk yang dihantar selamat diterima oleh pelanggan. Walaubagaimanapun, persoalan kos penghantaran juga perlu diambil kira untuk meminumkan kos dan memaksimumkan keuntungan bagi setiap jualan yang telah dibuat.
Saya ingin kongsikan kali ini teknik pembungkusan yang biasa saya praktikkan bagi penghantaran produk saya kepada pelanggan saya yang berada di luar negara. Sebelum produk tersebut dimasukkan ke dalam sampul ataupun kedalam kotak bagi tujuan pengeposan, saya akan membalut produk tersebut dengan menggunakan ‘bubble wrap’ terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko produk tersebut rosak ketika dalam perjalanan. Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakan sampul surat yang telah mempunyai bubble di dalamnya namun harganya agak mahal. Sebab itulah saya memilih untuk membalut sendiri terlebih dahulu kerana bubble wrap yang dibeli mengikut ukuran meter adalah jauh lebih murah harganya. Berikut adalah contoh ‘bubble wrap’ yang saya gunakan yang kebiasaanya saya beli secara bulk.

Harganya lebih kurang RM 3.50 semeter. Kebiasaanya saya akan membeli secara pukal iaitu sepanjang 100 meter dan mendapat harga hanya RM 2 untuk semeter. Walaubagaimanapun, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan sampul yang te;ah tersedia bubble wrap seperti ini :

Sampul seperti ini harganya lebih mahal dari sampul biasa. Walaubagaimanapn, kualitinya agak terjamin kerana dibuat menggunakan kertas yang agak tebal.
Apa pilihan anda? Saya pasti seperti saya juga, cuba meminumkan kos dan memaksimumkan keuntungan! Hohoho
Sekian, Selamat Ber eBay!






Waa..melihat pembungkusan product tak sabar rasanya nak jual product fizikal..mungkin KHA akan start tahun 2010..
@enKHA - Yup, mmg rs kelainan klu dpt jual produk sendiri, namun antara dropship dan produk fizikal, terdapat kelebihan dan kekurangan masing2..
Bro nuwa, nak tanya ni kalau sudi jawab.
Kat mana beli buble wrap tu? Kat tesco ada jual ke?
nuar..macam ku penah nampak gambar kotak tu..
Pernh nampa kat mana bro?
kotak kat atas tu mmg untuk firdaussani, tak kan tak ingat bro, hehe
anyway, pembungkusan memang part yang penting juga dalam bisnes produk fizikal kat internet ni. ye lah. dulu masa awal2 suka beli barang kat lelong, ada jugak la aku dpt barang yang penjual kirim balut dgn surat khabar je. mana tak rasa hampeh je. nasib baek barang ok je
satu lagi, kalau bungkus cantik, lawa dan kemas, pasti pembeli tu akan jadi regular customer kita
p/s: jari sape pegang bubble wrap tu? cantik dan putih
Nak tanya kat mana murah kalau nak beli bubble wrap tu?
nuar : kotak tu nampak kat salah satu store laman web lelongan ebay..PRODUK FIZIKAL..HEHE
ahfizfazi : yup, kotak untuk aku nak post ke Australia, USA, German, Italy, France dan seantero dunia..hiihi..
salam bro, mana nak dapat Bubble Wraps murah2?
nice tips bro. lps ni bleh la jual produk fizikal kat ebay.
@kimi - boleh dapatkan di http://www.web2ship.com
dah dapat dah.. kat http://www.packagingmart.com.my/retail/
Betullah fitrdaussani
macam pernah nampak gambar kotak tuh…rasanya aku yang ambik kot gambar tuh…sebijik siol
Apra takder kerja lain..kerja nak ambik copy and paste gambar orang jer…nilah pemiaga melayu..nak senang cepat…ekekekekeke
P.s: Kepada EN. nuwa
sila remove gambar tersebut sebelum saya membuat tindakan undang undang…kalau saman dapat gak rm10 juta nih…hahahahahah tak payah susah susah
Salam En. Mansorsapari. Saya dh remove, terima kasih atas peringatan dan mohon maaf. Gambar tersebut bg tujuan perkongsian ilmu sahaja.
Salam, brader Nuar. Saya baru menceburi bidang blog dan online selling nih. Nak tanya sikit, apakah cara paling murah untuk penghantaran parcel 15kg dari sabah ke semenanjung? adakah ianya diambil pintu ke pintu?
Terima Kasih