Penghantaran Produk Fizikal

Salam Sejahtera..
Bagaimana anda membuat penghantaran produk anda kepada pelanggan anda? Sudah pastinya menggunakan perkhidmatan dari syarikat penghantaran. Kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menghantar produk kepada pelanggan anda di dalam ataupun di luar negara menggunakan syarikat penghantaran Pos Malaysia. Sudah pastinya penghantaran produk ke luar negara agak mencabar berbanding penghantaran produk untuk pelanggan di dalam negara… Hohoho.
Saya secara konsistennya sebenarnya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk membuat penghantaran produk saya kepada pembeli baik di dalam ataupun di luar negara. Ini kerana, hasil perbandingan saya mendapati Pos Malaysia menawarkan caj perkhidmatan terendah bagi penghantaran dokumen atau parcel terutamanya keluar negara berbanding syarikat kurier lain. Antara perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membuat penghantaran produk anda keluar negara adalah seperti berikut :

1. Bungkusan produk boleh diklasifikasikan kepada 2 iaitu ‘Dokumen’ dan juga ‘Parcel’ serta mempunyai caj penghantaran yang berbeza. Caj penghantaran dokumen adalah lebih murah berbanding caj penghantaran Parcel. Apa yang dimaksudkan dengan penghantaran Dokumen ini ialah apa-apa produk atau barang yang boleh dimasukkan ke dalam sampul surat/envelop akan diklasifikasikan sebarang pernghantaran Dokumen. Jika sekiranya anda membungkus produk anda menggunakan kotak, maka ianya akan diklasifikasikan sebagai penghantaran Parcel. So, tips disini jika anda ingin menjimatkan kos penghantaran, sebolehnya gunakan sampul surat untuk menghantar produk anda kepada pelanggan. Sumbat sahaja masuk kedalam sampul surat!
2. Setiap dokumen atau parcel yang akan dihantar, akan ditimbang terlebih dahulu. Kos akan dicaj berdasarkan berat dan lokasi penerima. Anda akan diberikan setem dan perlu dilekatkan diatas dokumen atau parcel anda. Untuk melihat kadar kos penghantaran, anda boleh semak di Pos Malaysia Website.
3. Saya akan gunakan ‘Registered Mail’ bagi setiap produk yang saya hantar. Kosnya adalah sebanyak Rm3.90 sahaja. Anda perlu lekatkannya di bahagian bawah kanan dimuka depan. Tujuan utama saya ialah untuk memastikan produk tersebut benar-benar akan sampai kepada pelanggan saya. Melalui registered mail, anda akan memperolehi Tracking Number dimana ianya akan memudahkan anda trace produk tersebut dan juga sekiranya ianya diminta oleh buyer, anda tidak akan mempunyai masalah untuk memberikannya.
4. Pastikan anda mengisi Form CN22 iaitu borang pengisytiharanKastam. Tujuannya untuk memudahkan pihak Kastam di luar negara mengenalpasti isi kandungan dokumen atau parcel yang anda kirim kepada pelanggan anda. Jika tidak, mereka mungkin akan membukanya bagi mengenalpasti bagi tujuan keselamatan. Anda perlu lekatkan borang ini atas dokumen atau parcel anda. Borang ini boleh diperolehi di pejabat Pos secara PERCUMA sahaja.
5. Untuk penghantaran melalui Registered Mail. Anda dinasihatkan untuk menulis alamat penerima menggunakan tulisan tangan. Saya pernah ditegur oleh petugas di Pos Malaysia kerana alamat penerima saya just lekatkan menggunakan kertas cetakan komputer. Mereka menyatakan pernah terjadi kes dimana alamat tersebut dikoyakkan dan ditukar dengan alamat lain. Logik juga..
6. Pos Malaysia tidak akan membuat penghantaran apa-apa dokumen ataupun parcel ke Israel. Jika anda menggunakan khidmat Pos Malaysia, pastikan anda menulis dalam description anda yang anda tidak membuat penghantaran produk ke Israel. Kebiasaanya, masa yang diambil untuk produk anda sampai ke destinasi luar negara akan mengambil masa sekitar 7-10 hari sahaja.
Bagi saya, perkhidmatan Pos Malaysia adalah salah satu pilihan yang agak baik. Walaubagaimanapun, saya juga menggunakan perkhidmatan dari syarikat kurier lain untuk penghantaran produk bernilai tinggi. Adakah anda mempunyai syarikat penghantaran lain yang boleh dikongsi?
Sekian, Selamat Ber eBay!






Info yang hebat bro..boleh dijadikan panduan bg sape2 yg mula2 nak pos barang masing2..
Semestinya pos malaysia murah dan mudah.
salam bro nuwa. biasanya berapa lama masa nak sampai ke satu destinasi tu kalu kita pos guna posmalaysia ni.
katalah ke us. kita ambil contoh
eh sory tak perasan dah dinyatakan dlm entri tu. hehe
Yup darkecik.. biasanya ambik masa 7-10 hari..
yes..very good and clear info
Sdra Nuwa. Ada 3 pertanyaan. 1. Dalam borang CN22 adakah kita perlu isytiharkan sebagai gift ? 2. Kastam US sgt strict tentang kemasukan produk berasaskan makanan. Macamana cara nak atasi 3. Jika barang dihantar ditahan pihak kastam di sana, apa perlu dibuat ?
produk fizikal best, best..xperlu nak refund-refund..bukti registered mail ada..kalau barang x sampai, sangkut kastam under responsible buyer..cantik tulisan kau nuwa kat bungkusan tu..
@Abu Haziq - Saya jwb based on my experience..
1. Biasanya sy akan isytiharkan item dlm bungkusan sbg gift item dan mention kt situ not valuable comission iaitu brg tsb tidk laku utk dijual semula.
2. Sy masih blm ada pengalaman hntr brg berbentuk makanan. Walaubagaimanapun, bro blh gunakan teknik sptmana penghantaran produk lain but make sure bhn mknan tsb berbentuk pejal laa..
3. Jika ditahan, terpaksa reship semula utk elakkan customer marah dan bg -ve fb coz prosedur utk dptkan kembali brg jika ditahan amat sukar. But, bro blh mention risiko jika ditahan kastam adalah tggjwb pembeli.
Harap Membantu..
@firdaussani - Tulisan bini aku tu.. hehe.
Terima kasih atas jawapan sdra. Jazakallah.
bro,timekasih kongsi ilmu.memang info ni sangat sy chari.
nk tny lg,utk katakan,sy send pakaian tp declare dokumen.takpe ke nanti risau kastam mungkin buka check nanti macamana? atau kena bgtau mcamana
Bro nuwa, blh gitau syarikat kurier untuk penghantaran barang mahal yang bro gunakan
Salam nuwa,
sy rasa ada pembetulan skit.tracking number akan diverikan oleh pihak pos tapi tracking sampai ke klia sahaja.kalau nak track sampai ke luar negeri, kena pakai pos laju atau eparcel.
wahh
dah lama aku cari tips camni
ko la kawan aku dunia akhirat bro
trimas kasih banyak2
salam…saya ade jual novel terpakai…pastu ade buyer yg beli satu jek…bole tak bro bg advise camne saya nak pos samaada guna e-parcel ke atau saya pakai setem je ke? kalau bole saya nak yg paling murah la
@zusya - sy cdg awk pos pakai sampul surat shj. Pasal novel saya rasa muat utk dimasukkan kedlm sampul surat. Kosnya lebih murah berbanding guna parcel..
maksudnya pakai setem je la ye…nak pakai setem harga brape ye? harap dpt membantu..saya budak baru belajar
Yup..pos pakai sampul dan guna setem.. Utk harga setem tu, pos msia yang akan tentukan, mereka akan timbang dulu then tentukan berapa harga setem pengeposan berdasarkan kepada lokasi brg tu nk dihantar…
Baguslah tip yg dibagi dan info ini berguna bg sy yg bru nak mula ber..ebay. Thank
@niely - Jangan tunggu lama2..
Salam Bro..
Saya nak tahu borang kastam tu Form CN22 yang warna hijau ke..saya biasa guna yang warna hijau jee..yang lain tak pernah..takde pulak cn22 tu..
lagi satu kalu barang hntar ke Uk nak trace kat mana laman web dia..
wassalam..
nak hantar ke luar negara kena isi FORM C22 ke?
aku tak penah isi pun.. pos tak penah bagi @ soh aku isi..
zack- boleh guna DHL or Fedex menggunakan http://www.web2ship.com platform..
kalau direct ke DHL or Fedex mahal gile..
aku dulu direct ke DHL hantar barang ke US bawah 1KG, kena 199 hengget.. guna http://www.web2ship.com lebih kurang 70 hengget je…
Kalau dah guna registered mail pos m’sia cuma report sampai klia saja lepas tu suruh customer track kat USPS.com (kalau US la)
seumur hdup saya,xpernah nak bg feedback atau pape komenpun tuk mane2 website mahupun blog2 yg sy bc sbb SGT MALAS.Tp ni bt ptama kalinye nk ckp thanx to mr.nuwa yg sgt pmurah sharing ilmu.smg dilimpahkn rezki lbh byk lg. . Wink!
People deserve very good life time and credit loans or just sba loan would make it better. Because people’s freedom depends on money state.
Pastikan anda mengisi Form CN22 iaitu borang pengisytiharanKastam.
saya try anta barang hARI tuh dia x kasi pun borang ni untuk diisi.Kalo x isi barang x leh anta ker????
slm..mntak tolong jwb soalan paan..penting 2..