Pentingkah Kemahiran Grafik?

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Seringkali kita terpukau dengan kehebatan grafik sesebuah website atau laman blog seseorang. Jika web tersebut merupakan sebuah laman web yang menjual produk, boleh saya katakan kehebatan grafik tersebut akan membantu untuk membuat jualan.
Bagi penjual di eBay pula, kemahiran grafik merupakan salah satu bonus besar kepada anda. Kenapa? Kerana kemahiran grafik amat diperlukan untuk mereka bentuk laman diskripsi produk anda untuk menarik perhatian pengunjung membuat belian. Selain itu, anda perlukan kemahiran grafik untuk mencantikkan atau mengedit imej produk yang akan di paparkan untuk jualan di eBay. Hasil kajian saya selama ini, gambar produk yang terang, sharp dan mempunyai tona warna yang menawan akan lebih menghasilkan trafik dan sekaligus menghasilkan jualan berbanding dengan gambar yang pudar, tidak terang atau kabur.
Walaubagaimanapun, gambar-gambar tersebut sebenarnya boleh di edit dengan menggunakan kemahiran grafik. Percaya atau tidak, teknologi perisian masakini memungkinkan pelbagai imej di ubah menjadikannya lebih cantik dan anggun. Kerana itulah saya mengatakan bahawa kemahiran grafik amat penting sebagai seorang usahawan di eBay! Hohoho
Terdapat pelbagai perisian untuk mengedit imej hari ini, namun perisian yang biasa digunakan oleh ramai IM atau usahawan eBay adalah perisian Adobe Photoshop. Saya mula berjinak-jinak belajar photoshop ini sejak berjinak-jinak dalam perniagaan internet sejak 2006. Memang ianya satu perisian yang agak sukar dipelajari, namun kepuasan akan terpancar apabila dapat mengusasinya kerana ianya amat membantu menghasilkan keuntungan berganda.
Kali ini saya ingin kongsikan produk terbaru dari sahabat IM saya, saudara Rahman Basri yang baru melancarkan Pakej Kit Photoshop iaitu Panduan Untuk Menguasai Photoshop dengan Pantas. Pakej ini akan menunjukkan langkah demi langkah untuk menguasai perisian ini. Saya amat mengesyorkan anda untuk mendapatkannya kerana kemahiran grafik amat diperlukan sebagai seorang usahawan eBay atau anda menjalankan apa-apa perniagaan di internet.
Klik sini untuk dapatkan Pakej Panduan Photoshop!
Sekian, Selamat Ber eBay!





