adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Membuat Kajian Produk Hangat

Sebelum membuat jualan di eBay, kita wajib membuat kajian terlebih dahulu apakah produk yang perlu kita jual di eBay. Jika tidak, anda akan kerugian kerana hanya membayar fee eBay semata-mata sahaja tanpa membuat sebarang jualan.

Kajian secara mudah ialah dengan membuat kajian di laman web eBay sendiri. Jika anda perhatikan, di bahagian atas web eBay terdapat satu kolum untuk anda masukkan kata kunci. Sebagai contoh, saya ingin menjual mug dan memasukkan perkataan  “mug” sebagai keyword carian saya. Selepas menekan butang search, eBay akan menyenaraikan semua barang berkaitan keyword “mug” yang dijual di eBay. Perhatikan bidaan yang telah dibuat oleh pembeli  di senarai tersebut. Jika sekiranya bidaan melebihi 5, maka produk tersebut adalah produk hangat untuk di jual di eBay! Berniaga di eBay adalah terbuka, anda tidak perlu takut untuk meniru dan turut menjual produk tersebut tanpa ragu-ragu. Anda tidak akan di saman pun.. Kini anda telah mempunyai idea dan hanya perlu meniru sahaja produk hangat tersebut untuk dijual. :-)

Jika sekiranya anda mempunyai modal pula, anda boleh menggunakan perkhidmatan web berbayar untuk membuat kajian secara lebih mendalam. Contoh laman web popular yang digunakan oleh kebanyakkan ‘power seller‘ di eBay ialah Terapeak. Terapeak menyediakan data-data terkini yang boleh memberikan anda idea menyenaraikan produk-produk yang ingin dijual di eBay. Data yang disediakan merangkumi jumlah jualan, waktu baranagn tersebut dijual, nama penjual dan pelbagai lagi maklumat yang amat membantu. Saya sendiri juga menggunakan Terapeak dan tool dalam web ini banyak membantu saya dalam membuat jualan di eBay. Anda juga sebenarnya boleh membuat kajian secara percuma di Terapeak, hanya taipkan keyword dalam kolum yang disediakan dan tekan butang search. Namun data-data yang dipaparkan tidaklah sehebat service berbayar mereka.

Selain itu, kebanyakkan pembeli di luar negara sangat peka kepada perkembangan hiburan, sukan, perkembangan politik dan pelbagai peristiwa dan perayaan penting.  Perkara ini memberikan kelebihan kepada kita untuk menjual barangan cenderahati berdasarkan kepada perkara-perkara tadi. Contohnya baru-baru ini pertukaran President Amerika Syarikat, segala jenis barangan yang memaparkan wajah Obama amat laris di eBay! So, untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya di eBay, amat perlu untuk peka kepada perkembangan situasi di luar negara.

Selain dari mebuat kajian seperti di atas, ada banyak lagi yang boleh anda jual di eBay untuk menjana pendapatan yang lumayan. Bagi peminat barang-barang antik, anda boleh menjual lampu, cerek, seterika, pinggan, duit syiling atau wang kertas. Secara logiknya, anda tidak perlu sangat memerah otak memikirkanbarang apa yang boleh dijual. Anda cuba dahulu dengan hanya melihat di sekeliling anda atau paling mudah anda mula menjual barang-barang terpakai di rumah anda. Rajin-rajinkan diri selongkar store anda, mana tahu terjumpa barang yang mendapat permintaan tinggi di eBay. :-)

Saya rasa kini anda telah mempunyai idea untuk menyenaraikan barangan di eBay! Selamat bereBay..

Sekian. :-)

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


21 Responses to “Membuat Kajian Produk Hangat”


  1. cden says:

    bagus perkongsian bro. nak tanya berapa banyak barang dah laku diebay. saya list baru 5 brg semua tak laku lagi

  2. nuwa says:

    Saya baru jer bermula akhir tahun lepas dgn ebay nie.. Alhamdulillah, dh berjaya jual hampir 100 item pada bulan pertama. InsyaAllah, akan saya kongsikan teknik yang selalu saya gunakan..

  3. alkisah says:

    sekurang2nya ada 1k item baru best nak menjual di ebay..

  4. matzis says:

    Kajian sangat penting di ebay…tanpa membuat kajian dan terus menjual produk di ebay samalah diibaratkan anda sedang menembak disasaran target tetapi mata tertutup. Kalau nasib baik sasaran akan kena tetapi kalau nasib tak baik sasaran anda akan melencong jauh. Kesimpulannya, research itu sangat penting!.

  5. Vccmall.com says:

    wa… 100 items bulan pertama bro…. mantop tu.. tak lama lagi 1000 item sebulan tu bro…

  6. nuwa says:

    Alhamdulillah bro..Rezki di eBay..

  7. nuwa says:

    Betul tu Bro.. Tak guna buat listing beribu2 item tanpa kajian.. Nanti rugi byr fee jer.. hehe..

  8. khalifah says:

    betul3x
    memang menarik betul lah info bro ni
    moga terus maju n terus sukses amin3x

    dr.khalifah
    MENCARI KEGEMILANGAN

  9. haris says:

    salam bro,
    saya ada mslh ckit nie..hrp bro dpt tlg ek…
    sy dah daftar akaun paypal n dah add Debit card PB..maslhnya…code paypal tu nk ambk kat mn?
    jutaan terima kasih jika bro dpt bantu sy…

  10. nuwa says:

    Salam haris, kalau dh add dbt ad tu utk pembukaan akaun Paypal, awk kena tunggu statement dr Public Bank berkenaan transaction yg awk dh buat tu..dlm statement tu akan mention kod 4 digit tsb..kalau nk cepat, awk call jer Public Bank mintak kod 4 digit tu.. Kebiasaanya, saya gunakan VCC jer utk buka akaun baru Paypal & eBay, sebab ianya cepat. Xperlu tungu statement, lepas dh verified terus replacekn dbt kad Public Bank.. :-)

  11. haris says:

    thanks nuwa…

  12. haris says:

    erm nuwa…nk tny ckit..
    sy nk try bka akaun lelong.com.my..nk byr cost identify card..
    pastu dia mntk mothers maiden name dlm Akaun debit PB…apa benda ek..?

  13. nuwa says:

    Saya kurang pasti la haris..pasal saya hanya menjadi seorang pembeli di lelong.. bukan seller :-)

    Kalau dia nak mothers maiden name.. saya rasa dia nak nama ibu awak.. yang awk isi masa apply dbt kad PB.. :-)

  14. fuyoo says:

    saya nk taye…kalu kite mohon PB baru bagi gantikan yg lame ( debit card yg lame dh kene suspended yg ebay ) masih blh gune ke debit kad tu gune name kite and same add…bukan pe saya x nak pakai byk2 debit kad ssh sikit nk manage…blh ke tak ni…saya tgh nk buke acc ebay and paypal baru pakai vcc

  15. korang kalo nak berniaga slo2 dl. biasakan dngan konsep ebay and paypal

    dah paham baru la buat improvenment.

    stakat ni aku dah 4 bulan di Ebay.

    Boleh la buat sebagai hobi. widthdarw duit buat beli baju ahaks!!

  16. cannon says:

    salam bro…saya nak tanya…saya dh ada akaun ebay n paypal…cuma x tahu cam maner dh start berniaga kt ebay…
    saya dh byak kali jugak membeli barangan kt ebay…tapi xtahu cam maner caranya kita nak jual barang kat sana…mintak tunjuk ajar bro……salam..kalau bro x keberatan email saya….

    Mintak Bantuanmu…
    JazakALLAH..

  17. hm says:

    haaa…part wat research ni yg saya lemah cket..!! Terapeak dah amik yg berbyr dah..bro, boleh x ajar saya teknik n taktik wat research ni…? I really need your help..

  18. ingin belajar says:

    wah…semangatlah ramai kekawan nak belajar niaga diebay..
    nak tanya cket…boleh tak buka akaun seller di ebay.com.my tapi nak jual kat US…

    harap membantu ye masih banyak yang tak faham…

  19. hanafi says:

    Memang menarik info yang dikongsi, tidak dinafikan kajian merupakan perkara penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan baik perniagaan berbentuk offline mahupun online.

  20. Just want to say your article is brilliant. The lucidity in your post is simply impressive and i can assume you are an expert on this field. Well with your permission allow me to grab your rss feed to keep up to date with future post. Thanks a million and please keep up the accomplished work.

  21. ParsonsNina says:

    Following my exploration, billions of persons in the world receive the personal loans at various creditors. Thus, there’s good chances to find a secured loan in all countries.



Leave a Reply