Powered by Max Banner Ads 

Home » Tips eBay »

Seorang Pembeli Sebelum Seorang Saudagar

frequent_buyer_area

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Menjadi pembeli sebelum menjadi seorang Saudagar.. Agak pelik bunyinya, tapi itulah pengalaman kebanyakkan Saudagar yang telah berjaya mencipta kebebasan kewangan melalui perniagaan di internet.

Pada post kali ini, saya ingin kongsikan betapa pentingnya keperluan seorang penjual di eBay berpengalaman menjadi seorang pembeli. Terutamanya jika anda adalah seorang usahawan eBay tegar. Faktor ini akan memberi pengalaman sebenar kepada seseorang penjual di internet dalam menangani masalah yang di hadapi oleh pembeli kerana telah mempunyai pengalaman sebenar sebagai seorang pembeli. Ianya sebenarnya amat mudah dilakukan, anda hanya perlu luangkan masa mencari barang-barang keperluan bulanan anda di eBay, buat belian dan tunggu sehingga barang tersebut sampai. Buat penilaian kepada tahap pembungkusan, tempoh penghantaran, kualiti barang dan lain-lain aspek yang perlu dipertimbangkan. Penilaian ini sebenarnya amat membantu dalam usaha membangunkan diri kita sebagai seorang usahawan eBay yang lebih disegani dan lebih berpotensi untuk terus maju.

Selain rancak membuat jualan harian, saya sebenarnya turut membeli belah di eBay. Selain dapat membuat penilaian seperti yang sebutkan tadi, saya sebenarnya turut boleh meniru teknik dan gaya penjual tersebut menguruskan pembelian saya. Ini termasuk teknik berkomunikasi yang mana penjual-penjual berpengalaman akan menggunakan ayat-ayat jualan dan ayat-ayat memujuk yang profesional. Saya hanya perlu copy dan simpan sahaja ayat-ayat ini untuk menyelesaikan permasalahan yang bakal dihadapi dengan para pelanggan saya pula. Hohoho.. Ini adalah antara bonus menjadi seorang pembeli di eBay. Selain itu, saya turut boleh mengambil kesempatan mengumpul feedback positif kerana kebanyakkan penjual berjaya di eBay akan mengautomasikan  sistem pemberian positif feedback jika sekiranya mereka menerima pembayaran.

Anda pernah mempunyai pengalaman sebagai pembeli?

Sekian, Selamat Ber eBay! :-)

Related Posts with Thumbnails
Tags :

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


3 Responses to “Seorang Pembeli Sebelum Seorang Saudagar”


  1. enKHA says:

    Menjadi pembeli sebelum menjadi penjual tu sebenarnya satu tempoh yang wajib bakal seller eBay tempuhi..kerana boleh kumpul feedback serta tahu selok-belok urus niaga eBay..
    Bagaimanapun setakat sekarang saya sendiri pun tak pernah lagi beli barang di eBay..hehehe..
    Mohon untuk buat backlink dengan blog saudara Nuwa..:-)

  2. nuwa says:

    @enKHA - Koleksi feedback bro mmg hebat.. Tq atas perkongsian. Kena jadi pembeli juga bro disamping buat duit kt eBay.. hehe

    Link akan di add.. :-)

  3. aE34Sarah says:

    Very often the communication and media essays writing can play very big function in student’s life time and nearly every one university student has an experience of custom term papers ordering. Thus, it’s a general issue for all students.



Leave a Reply