adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Home » Tips eBay »

Status Top Rated Seller

ebay-top-seller

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai satu polisi baru yang diperkenalkan oleh pihak eBay iaitu status ‘Top Rated Seller’.  Anda pasti tahu dengan status ‘Power Seller’ sebelum ini kan? Untuk pengetahuan, pengiktirafan ‘Power Seller’ akan diberikan kepada seller yang membuat jualan minima sebanyak USD1,000.00 selama 3 bulan berturut-turut atau menjual minima 100 barang secara konsisten dalam tempoh tersebut. Untuk mendapat status ini, anda turut perlu mempunyai minima 100 feedback positif sebagai seller bukan sebagai buyer.  Selain itu, anda perlu memaintainkan pengiktirafan ini kerana ianya akan ditarik bila-bila masa sahaja jika sekiranya prestasi jualan anda merosot. Agak susah bukan? Namun ianya tidaklah begitu sukar dicapai jika fokus dalam perniagaan ini.. Hohoho.

Walaubagaimanapun, status ‘Top Rated Seller’ yang  diperkenalkan dalam sistem ‘Power Seller’ ini lebih mudah dicapai. Penjual yang mendapat pengiktirafan ini akan diberikan keistimewaan berbanding seller lain seperti mesra engine carian dan lain-lain lagi. Pengiktirafan ini sebenarnya diberikan kepada seller yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan mereka.

Antara keistimewaan lain pengiktirafan ini adalah anda akan mendapat Diskaun sebanyak 20% Final Fee Value! Hohoho.. Agak banyak juga tu! Untuk mencapai status Top Rated Seller ini juga, anda perlu mengekalkan purata DSR sebanyak 4.5. Selain itu, anda juga perlu mengekalkan rating bintang 1 dan 2 sebanyak 0.5%. Agak mudah bukan? Anda hanya perlu memberikan cemerlang kepada setiap pelanggan dan juga bakal pelanggan! Jom pastikan logo kat atas berada di sebelah ID masing-masing.. :-)

Sekian, Selamat Ber eBay! :-)

Related Posts with Thumbnails

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


Leave a Reply