Cialis onlinexanax onlineadderall onlineLevitraCialis

 Powered by Max Banner Ads 

STORE : Keperluan Wajib?

23956571_181e0066ec_o

Best betul kalau ada kedai seperti gambar kat atas kan? Macam-macam ada! :-) Harga 0.99 sen pulak tu.. Sure berpusu-pusu orang datang masuk kedai kita dan semestinya jualan seharian amat menggalakkan….. Hohohohoho

Begitu jugak la situasi apabila kita membuka store ataupun kedai di eBay, saya berani jamin anda akan membuat jualan paling kurang 10 jualan sehari jika kena dengan caranya! Itulah sebabnya pentingnya mempunyai atau membuka store di eBay.

Pertama sekali, kita boleh sumbat seberapa banyak item-item di store kita dengan fee yang amat rendah sekali. Contohnya, satu item dikenakan fee hanya $0.03 selama sebulan. Jika dibandingkan dengan membuat listing di auction, kita dikenakan fee paling minima $0.15 untuk tempoh senaraian selama 3,5 atau 7 hari. Banyak perbezaannya dan cara yang paling efektif untuk penjimatan kos ialah membuat senaraian barangan di store. Anda boleh listkan beribu2 item di store dengan fee yang rendah sekali!

Pembukaan store di ebay dikenakan caj-caj tertentu berdasarkan kepada di mana store tersebut dibuka dan juga jenis store tersebut. Sebagai contoh, pembukaan store basic di eBay US dikenakan caj bulanan sebanyak $15.95 manakala caj bulanan pembukaan store basic Malaysia hanya RM12 sahaja!  Jadi, cadangan saya kepada anda yang baru berjinak sebagai seller di eBay, buka dahulu store di eBay Malaysia kerana cajnya yang agak rendah untuk permulaan.  Jangan takut kerana store anda dapat di lihat di eBay US walaupun store anda di buka di eBay Malaysia. Mungkin ramai yang keliru berkenaan perkara ini, namun saya telah membuat experiment dan hasilnya jualan tetap berlaku dari pembeli di US hasil dari store yang dibuka di Malaysia. :-)

Store yang di uruskan dengan baik seperti mempunyai kategori dan susunan item yang menarik akan turut menarik perhatian pembeli untuk mark store kita sebagai store favourite mereka. Anda turut boleh menawarkan pelbagai kemudahan kepada pembeli seperti menghantar senarai barangan baru di store terus kepada email pembeli. Dengan cara ini, secara tidak langsung anda telah membuat promosi dan menarik lebih banyak trafik ke store anda. Selian itu, trend terkini yang saya dapat tahu, pembeli di US kini lebih gemar membuat carian barangan yang ingin dibeli melalui store! Hmmm.. Berita gembira nie. Hohoho..

Kesimpulannya, pembukaan store di eBay mampu memberi kesan kepada hasil jualan di eBay. Kronologinya, pembeli mempunyai banyak pilihan barangan di store kita. Jika anda telah mempunyai store, jangan sia-siakannya dengan membiarkannya kosong. Senaraikan sebanyak mungkin item berdasarkan niche jualan anda disini. Selain itu, store memainkan peranan memberi keyakinan kepada bakal pembeli bahawa anda merupakan seorang seller yang konsisten. Sebenarnya, banyak lagi kelebihan & kehebatan store yang akan anda dapat rasai jika anda telah membukanya.  Jika anda serius menjana income di eBay, anda WAJIB buka store! Selamat Mencuba! :-)

Related Posts with Thumbnails
Tags :

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


18 Responses to “STORE : Keperluan Wajib?”


  1. msarbin says:

    saya tgk kat page ebay malaysia fees nya RM12 sebulan plus ada free trial.

    apakah kombinasi kesukaan nuwa. saya nak try Store basic ebay Malaysia (RM12) + Selling Manager Pro M’sia (RM15)= Baru RM27. Apa pendapat nuwa?

    Saya baru pakai terapeak ada trial sebulan. Artsnow ada trial juga. Tp dah kena bayar artsnow sekarang.

  2. Dhiaqis says:

    Nak buka store tak boleh try-try bro.. kena fokus dan ada strategi. Pasal fee tu biasalah bro.. sewa lot kedai kat KLCC pun rata2nya cecah RM10K-RM20k sebulan hehe..

    Anyway, thanks for the good info. Aku tak sabar2 nak dpt income 5 angka tapi kena sabar jugak hehe.. yang penting mesti tindakan.

  3. nuwa says:

    Bro msarbin, yup..saya tersilap taip. harga utk pembukaan basic store kat ebay msia just RM12 per month.Untuk permulaan, saya cdgkn msarbin subscribe basic store + Selling Manager Pro nie.. First month dia kasi free trial dulu..Pastu caj RM27, mmg murah! Selling Manager Pro (SMP) amat membantu urusan jualan dan pengurusan store kat ebay. Selain tu, pelbagai rules automation boleh di apply kt SMP yang mana dpt optimizekan kerja2 kita di ebay..Dh expert guna SMP nie, semua kerja2 terutamanya buat listing kita boleh set secara automatik shj. Salah satu akaun saya subscribe basic store kt msia + SMP. Setakat nie, no prob at all.. Jimat dan menguntungkan! :-)

    Bro Dhiaqis, mmg betul ckp bro..kena selalu try n error..tgk apa hasil kuar.. :-) Sewa store kat ebay ni mmg jimat tahap x boleh nk ckp jika nk banding sewa kedai or mana store kat dunia nyata! :-)
    Sama2 kita road to be a milionaire kt eBay! FOKUS3…

  4. msarbin says:

    thanks nuwa

  5. cheklem says:

    Tks Bro Nuwa. Maklumat yang memang ditunggu-tunggu. Jadi maknanya kalau dah buka store kat ebay.com.my, bolehlah pamerkan barang2 untuk jualan di Malaysia & juga untuk jualan kat USA. Saya dah buka store di ebay.com.my tapi setakat ni cuma listing untuk jualan di Malaysia (pernah juga Mat Saleh yang berminat email tanya kos penghantaran). Mengenal listing di dalam store tanpa listing kat snaraian biasa, adakah servis ini untuk kedua-dua ebay.com.my & ebay.com atau untuk ebay.com shj?
    Maaf ya Bro, jika byk soalan.

  6. sempoi says:

    bro nuwa, nak wat iklan kat sini pun jgak (sebab sekarang ni tak bleh fokus ebay lagi, maka kalu korang klik adsense tu dapat aa 2-3 sen hahaha).

    list ebayer yang jual barang murah untuk tambah feedback :p

    http://gerai1ringgit.blogspot.com

  7. Sebenarnya ada lg website seumpama ebay yang anda boleh jana duit. eBay memang suka mencari pasal terutama newbie.

    Jika anda Powerseller,anda adalah anak EMAS eBay..hu3

  8. shahraduan says:

    To Personal Coaching eBay - Alor Star : eBAY tak mencari pasal sangat pun..selalu dok kena pasal melanggar polisi..dlm ebay kan ada bulat2 pasal polisi, sape suruh tak baca ?

    Nak bisness mesti kena peraturan…jual brg tiruan memang dah sah sah salah..dlm ebay mesti kena suspen sebab ebay tak mau dikenakan saman berjuta-juta oleh syarikat pemilik asal.

    Memang ada byk tempat boleh berniaga…ebaylah yg paling popular..kenapa nak tolak tuah pula tu ??
    Keberangkalian org nak beli melalui ebay cukup tinggi kalau kena pada gayanya..

    Sape kata PowerSeller anak emas ebay ?? Kawan aku powerseller pun kena lucut jawatan..bukan sebab jual brg salah..cuma kena complaint brg tak sampai dan issue refund yg byk.

    So, Jln penyelesaian…buatlah akaun baru atau akaun stanby 2..3 akaun. Bila kena satu..beckap dah ada.

  9. Maizul says:

    Nuwa makin terbakar saya nak belajar ebay ni. Artikel yang menarik & bagus.

  10. nuwa says:

    cheklem - Kalau dh buka store kt ebay msia, store tsb akan nmpk juga kt usa. Tu pasal ada mat saleh yg tanya shipping kos tu.. kalau cheklem dh ada store, make sure buat listing auction coz kita nk tarik trafik masuk store..kalau xada auction, agak ssh nk tarik pembeli masuk store..saya syorkan cheklem buat listing kt ebay usa.. ebay msia pun boleh, tp tahu jer laa org msia nie.. huhu

    Jawapan yang mantooop dr bro shah! Ko mmg best bro! Saya setuju, jgn mudah mengalah dgn pelbagai kerenah ebay nie, mula2 mmg ler rasa membebankan, lama2 kita akan terasa BEST bila hari2 duit masuk! :-)

    Jgn tunggu lama2 bro Maizul.. Jom kita bereBay segera! :-)

  11. mmg cool kalo ade store sendiri…..kedai online…pergh…mantap..

  12. Murni says:

    en. nuwa,
    kalo kita dah ada store us, boleh tukar ke stor mesia ke?

  13. nuwa says:

    Kena unsubscribed dulu..pastu register semula kat Store Msia.. just pindhkn store inventory ke Msia. Biasanya proses ni automatik..setkan shj..

  14. mie says:

    Aslm semua..,

    Ok, kalau nak jual di ebay US….,nak tanya..,

    kita kena list barang tu di ebay.com ke ebay malaysia?? sebab ada yg bgtau kalau di listkan di ebay malaysia then tak keluar di ebay.com…,
    saya confius gak nak list di ebay mana…, harap ada jawapan…tq…,

  15. ahfizfazi says:

    rasanya tak ada store pun banyak gak masyukk.. aku tengok dan ushar kat ebay tu, ada jugak yang member biasa tapi sales tip top.. yang penting apa produk dan strategi jualan. store ni lebih kepada banyak promotion tools yang boleh bagi kelebihan pada seller. kat lelong.com.my pun camtu gak. ada non-store member yang sales n rating lagi tinggi dr store member.. emm

  16. nuwa says:

    betul tu bro..klu xada store pun boleh masyukk..tp kena rajin buat listing ler hari2.. :-)

  17. jimie says:

    aik apsal sunnyi da ni….bro nuwa sy nk join gak mende ni camne ea…ni sesangat noob a.k.a newbie ni…leh tlg ajar ke??

  18. sieyen says:

    hye.. juz nak gtau.. sapa2 erk yg berminat nak jual paypal yg aktik,sila inbox sy kat yennoy39esie@ymail.com..
    pa2 pn,sy akn bayar truz ke bank k.. tq..



Leave a Reply