Social Network : Medium Pemasaran Produk
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

FaceBook, MySpace atau Friendster merupakan contoh laman web ’social network’ yang sangat terkenal hari ini. Anda boleh menggunakan laman web ini untuk berinteraksi secara langsung atau meninggalkan email atau komen di akaun ’social network’ anda atau rakan anda. Dimana sahaja kini, tak kira peringkat umur pasti akan bercakap mengenai laman web sosial ini. Namun begitu, ramai yang menganggap laman-laman seperti ini hanya sekadar untuk berinteraksi dengan teman-teman atau mengisi masa lapang dan tidak lebih dari itu.
Bagi saya, tanggapan ini salah kerana laman web ’social network’ ini merupakan salah satu medium pemasaran yang sangat berkesan untuk mempromosikan produk jualan saya. Sebagai contoh, saya telah menggunakan Facebook sebagai salah satu senjata untuk meningkatkan jualan di akaun eBay saya. Bagaimana caranya? Saya menggunakan Facebook untuk membina jaringan dikalangan rakan bisnes yang mempunyai niche perniagaan yang sama. Saya juga dapat membina satu kumpulan atau social group yang mempunyai minat terhadap produk yang saya jual. Dalam kumpulan ini, kami akan berbincang dan berkongsi pendapat serta idea mengenai sesuatu produk tersebut dan secara tidak langsung saya dapat menghasilkan jualan. Hohoho.
Selain itu, melalui Facebook saya juga boleh memasarkan produk saya di eBay dengan meletakkan link Store eBay saya di bahagian Link. Facebook juga membenarkan saya untuk meletakkan gambar, deskripsi produk atau servis yang saya tawarkan di kolum ‘Advertise’. Dengan cara dan teknik ini, saya dapat menarik lebih banyak trafik masuk ke store saya di eBay dan tidak mustahil saya boleh menghasilkan lebih banyak jualan setiap hari! Hohoho.
Melalui Facebook, saya turut dapat membina kredibiliti sebagai seorang usahawan internet atau usahawan eBay khususnya. Ini kerana, melalui akaun Facebook saya yang dikemaskini sentiasa dapat memberikan keyakinan kepada bakal pelanggan bahawa saya merupakan seorang peniaga yang benar-benar wujud dan tidak berselindung disebalik web jualan semata-mata. Saya juga boleh membuat promosi jika sekiranya saya mempunyai sebarang produk baru yang dijual.
Jangan lepaskan peluang menggunakan laman web ’social network’ ini sebagai satu senjata untuk meningkatkan jualan produk anda. Saya cuma berikan beberapa contoh teknik pemasaran menggunakan laman web social ini namun ianya masih banyak lagi sebenarnya. Pendaftaran di laman web seperti ini adalah PERCUMA dan anda pasti akan terasa kelainannya nanti! Untuk mempelajari teknik advance untuk mempromosikan produk anda di eBay, saya mencadangkan anda membaca ebook terbaru dari sahabat saya, Richie bertajuk Kuasa Viral FaceBook. Ebook ini membincangkan secara mendalam dan lebih lanjut mengenai teknik pemasaran menggunakan FaceBook.
Sekian, Selamat Ber eBay!






Good information bro..
Saya dh lama register myspace dan friendster. Boleh ker promo guna web nie?
Bro,
xnak letak facebook add ko ke? boleh tambah koleksi kawan2
@amr85 - Boleh.. No prob. Fungsinya lebih kurang Facebook gak..
@Zakri - Nanti aku add bro..