adderalllevitraviagra onlinecialis online

 Powered by Max Banner Ads 

Home » Tips eBay »

TRAFIK : Nyawa Perniagaan Online

trafficjam

Saya amat pasti anda tentu tahu mengenai kepentingan TRAFIK dalam Perniagaan Internet. Trafik umpama nyawa dalam perniagaan internet. Bagi yang belum tahu, TRAFIK yang saya maksudkan bukan Trafik Jalan Raya seperti diatas, tetapi Trafik Online iaitu aliran pelanggan yang datang ke laman web anda. Dalam perniagaan internet, trafik boleh juga diibaratkan umpama darah. Tanpa darah, sudah tentu kita semua akan mati dan begitulah ibaratnya perniagaan di internet.  Kebanyakkan punca kegagalan perniagaan di internet termasuk la eBay ialah kegagalan mendapatkan trafik. Jom kita bincang pasal trafik nie.. :-)

Untuk mendapatkan trafik, kita perlu tahu strategi untuk mendapatkannya, bagaimana untuk mengarahkan trafik tersebut serta apa yang perlu di lakukan dengannya. Sebagai contoh untuk mendapatkan trafik di eBay, anda perlu berkorban sedikit dengan melanggan listing  upgrade yang dikenakan caj berlainan seperti Gallery Plus, Bold, Border, Highlight atau Featured Plus yang terbukti berkesan untuk mendapatkan trafik ke jualan anda. Ini juga boleh dikatakan sebagai satu langkah promosi bagi menempatkan jualan anda di muka depan eBay kerana setiap hari, beribu-ribu barangan dijual di eBay dan amat penting untuk kita bersaing untuk mendapatkan trafik. Kehadiran trafik jangan sesekali disia-siakan kerana bukanlah perkara mudah untuk mendapatkannya, anda perlu pandai untuk mengarahkan trafik tersebut seperti bermain kata di ruangan description. Pelanggan yang tertambat hati sudah pasti akan membuat bidaan dan pasti jualan akan terhasil.. Hohoho

Kajian tentang katakunci yang bersesuaian semasa membuat jualan juga amat penting. Pastikan anda menyertakan hanya kata kunci yang dicari oleh pengunjung di dalam tajuk jualan anda. Ini kerana, kebanyakkan pelanggan di eBay akan menggunakan kotak carian untuk mencari produk yang mereka inginkan. Kajian juga menunjukkan pelanggan di eBay lebih gemar menggunakan kotak carian berbanding carian di kategori barangan. Oleh itu, optimizekan tajuk jualan anda dengan memasukkan hanya kata kunci penting. Sebagai contoh, anda ingin menjual Beg Tangan Kulit Wanita. Pastikan katakunci  BEG + TANGAN + KULIT + WANITA tidak ditinggalkan dalam tajuk jualan tersebut. Dengan ini, jika pelanggan menaip salah satu katakunci tersebut, kebarangkalian mereka menjumpai barangan anda lebih tinggi.

Selain itu, jangan tersilap memilih kategori produk. Ini kerana terdapat juga pelanggan yang gemar melakukan carian melalui kategori barangan. Jika barang anda berada di kategori yang salah, orang yang tidak sepatutnya akan menjumpai barangan dan ianya tentunya merugikan. Huhu.

Sekian, Selamat Ber eBay! :-D

Related Posts with Thumbnails
Tags : ,

Author Profile

nuwa

Other posts by nuwa

Author's web site



Are you satisfied with this blog?
Why not subscribe our RSS Feed? you will always get the latest post.


3 Responses to “TRAFIK : Nyawa Perniagaan Online”


  1. matzis says:

    yup! antara kunci kejayaan didalam bisnes ebay ialah dengan menggunakan traffic yang betul. syabas..info yang baik.

  2. nuwa says:

    Tq bro.. Trafik Tinngi = Sales Meningkat! TEknik seperti mewujudkan blog utk promosikan barangan yg dijual di eBay juga berkesan.. Sy tgh nk try.. :-D

  3. cheklem says:

    Terima kasih Bro Nuwa. Teruskan menulis. Informasi dan ingatan yang berguna.



Leave a Reply